Isnin, 5 Ogos 2013

Buku Best-Seller 'Heaven is for Real' Akan Dijadikan Filem

Buku "Heaven is for Real" yang telah
ditulis oleh Todd Burpo mengenai
pengalaman anak kecilnya yang
telah di bawa ke syurga
Produksi sudah bermula di Kanada untuk pembikinan filem yang diadaptasi daripada buku best-seller yang tersangat laris Heaven is for Real (Thomas Nelson), begitu dilaporkan oleh UPI. Filem itu dijangka akan mula ditayangkan sekitar Hari Kebangkitan Yesus pada 2014.

Penggambaran untuk filem bercorak keluarga ini telah bermula minggu lepas di Winnipeg, Manitoba dengan membintangi Greg Kinnear sebagai Todd Burpo, seorang pastor bandar kecil di Nebraska, begitu dinyatakan TriStar Pictures.


Diterbitkan pada November 2010, kisah Burpo mengenai pengalaman anak kecilnya, Colton yang hampir mati dibawa ke syurga, telah menjual lebih 8 juta naskah dalam dua tahun yang lepas. Telah diterjemah dalam lebih 30 bahasa, Heaven is for Real telah tersenarai lebih dari dua tahun dalam senarai bestseller New York Times untuk buku kulit nipis bukan fiksyen, termasuk 17 minggu berturut-turut di tempat No. 1.  

Greg Kinnear akan berlakon
sebagai pastor Todd Burpo
Kelly Reilly (Sherlock Holmes) akan memain peranan isteri Burpo, Sonja, dan pelakon kali pertama Connor Corum akan memain peranan Colton, sementara Thomas Haden Church (Sideways) akan memain peranan Jay Olson, seorang kawan keluarga. Kinnear pernah berlakon dalam filem-filem termasuk The Last Song dan As Good as It Gets, yang telah mendapatkannya pencalonan Oscar untuk peranannya sebagai pelakon sokongan. 

Randall Wallace, yang telah menulis filem Braveheart yang telah memenangi Anugerah Akademi dan telah mengarah filem Secretariat, ialah pengarah untuk Heaven is for Real, yang akan diterbitkan oleh Joe Roth (Oz the Great and Powerful dan Alice in Wonderland) dan T.D. Jakes, pastor di Potter's House di Dallas, pengarang best-seller dan penerbit bersama filem Jumping the Broom. Wallace juga telah menulis The Touch, sebuah novel dari Tyndale House Publishers.


Todd Burpo bersama isterinya Sonja, dan anak mereka Colton

"Kisah benar Heaven is for Real, dan mesej pengharapan dari kaca mata seorang kanak-kanak telahpun membawa penghiburan dan inspirasi kepada berjuta-juta orang," kata Matt Baugher, naib presiden dan penerbit Thomas Nelson untuk anak syarikat yang dihidupkan kembali W Publishing Group. "Filem ini akan membawa kesan yang sama."

Heaven is for Real akan diselia oleh TriStar Pictures, satu bahagian dari Sony Pictures, dipimpin oleh DeVon Franklin, penulis buku Produced by Faith: Enjoy Real Success Without Losing Your True Self (Howard Books).

(Diterjemah daripada artikel Charisma News berjudul "Best-Seller 'Heaven is for Real' Transitions  to Big Screen" penulisan Eric Tiansay bertarikh 30 Julai 2013)