Buku mengenai Jeremy Lin yang ditulis oleh Timothy Dalrymple |
Lin yang telah menjadi masyhur dan menambat hati ramai peminat dengan gaya permainannya yang hebat bersama pasukan NBA New York Knicks pada 2011-2012, terus bersaksi akan imannya kepada umum.
Berikutan konferensi penginjilan "Jeremy Lin's Miracle Night" tahun lepas di Taipei, Lin telah dijemput lagi ke Taiwan dan akan berceramah kepada lebih 18,000 pemuda di Taipei Nangang Exhibition Center pada 18 Ogos. Lin adalah orang pertama dari keturunan Taiwan untuk bermain dalam NBA.
Lin juga akan bergabung dengan pastor dan pengarang bestseller New York Times, Francis Chan pada September di The Cow Palace di San Francisco pada konferensi penginjilan besar-besaran bertema "Identity Unleashed" untuk mengupas persoalan "Apa yang benar-benar penting dalam hidup?"
Jeremy Lin akan bergabung dengan Pastor Francis Chan (gambar atas) di Konferensi Identity Unleashed September ini di San Francisco |
Dia mengakui kehebohan yang mengelilinginya sewaktu musim yang lepas adalah agak melemaskan, tetapi dia telah belajar bersandar kepada Tuhan yang memberi ketenangan kepadanya.
"Dengan segala perhatian media, semua kasih dari peminat, aku merasa bahawa aku perlu membuktikan diri," begitu dinyatakan Lin di laman web Identity Unleashed. "Tetapi aku telah menyerahkan diri kepada Tuhan. Aku tidak lagi bergumul dengan apa yang setiap orang fikirkan.
"Apa yang aku belajar melalui Linsanity ialah tidak ada satupun yang dunia ini dapat tawarkan yang boleh memberi aku sukacita, kepuasan dan erti hidup yang sebenar. Hanya ada satu sahaja yang dapat memuaskan anda secara sungguh-sungguh dan abadi - iaitu Yesus Kristus," dia memberitahu para hadirin di acara tahun lepas di Taiwan.
Jeremy Lin beraksi mewakili pasukan Houston Rockets dalam liga NBA |
"Aku ingin melakukan itu dan melayani anak-anak muda ini dan untuk menyampaikan kasih Tuhan kepada mereka," Lin memberitahu GospelHerald.com. "Aku fikir jika dengan Yayasan Jeremy Lin, kami dapat membawa sedikit perubahan dalam kehidupan beberapa kanak-kanak, itu sudah sangat berbaloi."
Temuramah Rancangan "60 Minutes" dengan Jeremy Lin (13.52 minit)
(Diterjemah daripada artikel Charisma News bertajuk "Jeremy Lin Teams With Francis Chan on 'Identity' Conference" penulisan Shawn A. Akers bertarikh 19 Julai 2013)