Gambar Nick Vujicic bersama Nik dan keluarga (dari laman www.facebook.com/NickVujicicFans) |
Teman-teman, saya ingin berkongsi cerita yang sangat indah tentang
sebuah keluarga yang saya temui di Kuala Lumpur.
Apabila keluarga ini mendengar tentang kehadiran saya di Kuala Lumpur, mereka
memandu lebih 7 jam dengan hasrat untuk menemui saya tetapi gagal kerana
ruangan dewan sudah penuh. Selepas mereka sabar menunggu selama 4 jam untuk
acara selesai, mereka berjaya mengenalpasti van yang saya naiki. Adalah tidak
mudah untuk mengenalpasti van khas yang saya naiki kerana rombongan kami
memerlukan 3 buah van dan keadaan agak kelam kabut semasa kami keluar dari
dewan.
Mereka mengekori kami dari belakang, berhasrat untuk mengucapkan “hello” apabila kami sampai di destinasi kami. Semasa kami berhenti untuk mengisi minyak, mereka lantas keluar dari kereta. Pengurus rombongan kami, Joshua, berkata kepada saya, “Wow, kamu mungkin tidak percaya apa yang saya lihat. Ada sebuah keluarga dengan seorang anak perempuan tanpa tangan dan kaki, dan mereka datang untuk melihat kamu.”
Kami serta-merta merasakan bahawa pertemuan ini adalah pertemuan ilahi.
Ibu anak perempuan tersebut menangis, dan muka ayahnya bersinar dengan kegembiraan. Hati saya sangat tersentuh dengan mereka, walaupun cuma berbual dengan singkat. Selepas beberapa pelukan dan ciuman, saya menjemput mereka datang ke hotel untuk makan bersama dan berkongsi cerita. Di situ saya mengetahui nama anak perempuan mereka ialah “Nik”, ayahnya seorang doktor dan ibunya seorang jururawat. Seperti apa yang berlaku dalam keluarga saya, ibu bapa ini langsung tidak tahu yang anak mereka ini tidak memiliki tangan dan kaki sehingga dia dilahirkan. Perkongsian kami sungguh indah, dan saya bercadang untuk terus berhubung dan mendorong mereka setakat mana yang saya dapat berikan pada masa mendatang.
Pertemuan beginilah yang mengingatkan saya kembali bagaimana “Kasih” boleh menyatukan orang dengan latar belakang yang sangat berbeza. Saya suka kasih yang tidak mengenal batas.
“Sementara ini ada tiga perkara yang harus tetap dilakukan: percaya, berharap, dan mengasihi orang lain. Tetapi yang paling penting daripada ketiga-tiganya adalah mengasihi orang lain.” 1 Korintus 13:13 (BM)
Sumber - http://www.facebook.com/NickVujicicFans