Will dengan datuknya, Billy Graham |
Penginjil Will Graham, cucu Billy Graham, telah mengatakan bahawa pada usia 95 tahun, Encik Graham sudah hampir untuk kembali ke pangkuan Tuhan.
Dalam satu temubual eksklusif dengan
Hosanna Christian Fellowship, Bellflower, California, sebelum dia menyampaikan
khutbah malam ini (Rabu, 11 Disember 2013) di satu acara khas Krismas, dia
mengatakan dengan terharu mengenai keadaan Billy Graham yang lemah.
"Aku melihat datukku minggu lepas dan
keadaannya tidak baik," kata Will, anak Franklin Graham. "Dia bukan
menderita atau apa-apa. Cuma usianya sudah tua dan kekuatannya telah dimakan usia.
Poster kempen "My Hope America with Billy Graham" |
"Dia sudah menggunakan kerusi roda
untuk masa yang lama. Dia boleh berjalan, tetapi dia menggunakan kerusi roda
kerana lebih mudah untuk kami membawanya dan lebih selamat untuknya."
Apabila aku menanya dia apa yang berlaku
semasa pertemuan terakhirnya dengan datuk kesayangannya di rumahnya di
Montreat, North Carolina, dia memberitahu bahawa mereka tidak banyak bercakap.
"Itulah hal yang terbaik menjadi
seorang cucu," kata Will. "Kita tidak perlu bercakap banyak. kami
cuma duduk di sana, memandang satu dengan lain dan berpegangan tangan. Lehernya
sakit-sakit kerana sudah lama berbaring di katil, jadi aku mengurut
lehernya."
Dia mengatakan bahawa mereka berbalas
beberapa kata, sambil menambah bahawa "Ianya seperti percakapan antara
datuk dan cucu, tidak lebih daripada itu."
3 generasi penginjil keluarga Graham: Will, Franklin dan Billy Graham |
Apakah yang dia ingin orang tahu mengenai Billy Graham, penginjil paling dikenali di dunia. yang aku pernah sempat bekerjasama dengan beberapa kali di Rusia, Jerman dan Puerto Rico?
Jawabnya, "Datukku ialah orang yang
paling rendah hati yang pernah kutemui. Orang kadang-kadang bertanya,
"Bagaimanakah Billy Graham tidak pernah terjebak dalam skandal wang atau
dengan wanita, seperti ramai yang lain? Itu adalah kerana Tuhan melindunginya
daripada semua hal tersebut oleh kerana kerendahan hatinya. Alkitab mengatakan bahawa, 'Allah mengasihani orang yang rendah hati,' jadi kerana datukku rendah hati, Allah melindunginya dengan luarbiasa daripada semua perkara itu dan menunjukkannya kasih karunia. Ianya bukan kerana sesuatu yang dilakukan oleh Billy Graham, tetapi kerana kerendahan hatinya di hadapan Tuhan.
"Bagiku, dialah salah satu orang yang paling rendah hati pernah kutemui. Aku juga ingin memiliki kerendahan hati sepertinya itu setiap waktu."
Aku mengakhiri temubual dengan menanya Will Graham apakah yang orang boleh doakan untuk datuknya, tetapi dia menjawab, "Aku tidak tahu sudah bagaimana untuk menjawab itu. Aku ingin supaya Tuhan akan memberi dia kekuatan. Tapi aku tidak fikir dia perlukan kekuatan lagi. Sudah tiba masanya untuk kembali ke pangkuan Tuhan."
Will Graham, generasi ketiga penginjil dalam keluarga Graham kemudiannya berbicara dalam acara khas Krismas di Hosanna Christian Fellowship dan disertai oleh kawan lamanya, Dennis Agajanian. Will telah tampil menggantikan Pastor Chuck Smith, yang telah diundang untuk berkhutbah oleh pastor senior, Garry Ansdell, tetapi apabila "Pastor Chuck" meninggal dunia pada 3 Oktober 2013, Will telah bersetuju mengambil tempatnya.
"My Hope America with Billy Graham" adalah usaha peringkat kebangsaan untuk menjangkau orang-orang di seluruh Amerika Syarikat dengan Injil Yesus Kristus. Dengan mengikuti model Alkitabiah yang mudah, ianya menggabungkan impak program video dengan pengaruh perhubungan peribadi. Ianya kemungkinan acara media terbesar yang pernah disertai oleh Billy Graham.
(Diterjemah daripada artikel Godreports bertajuk "Billy Graham Weakening, Drawing Near to Heaven" penulisan Dan Wooding bertarikh 12 Disember 2013)