Selasa, 3 Disember 2013

Treler Filem "Son of God" Sudah Dikeluarkan (VIDEO)

Filem "Son of God" yang akan ditayangkan
di panggung wayang pada 28 Februari 2014
Peminat-peminat "Bible" - baik siri pendik televisyennya ataupun bukunya - berpeluang menonton sedutan babak filem "Son of God" dalam treler yang dikeluarkan minggu ini.

Diterbitkan oleh pasangan suami-isteri Roma Downey dan Mark Burnett dan membintangi Diogo Morgado sebagai Yesus, filem itu meliputi babak-babak dari siri TV yang mendapat sambutan ramai dan babak-babak yang belum pernah dilihat dan ianya akan ditayangkan di panggung wayang pada 28 Februari 2014.


Pada waktu ini, ianya ditunjukkan kepada pemimpin-pemimpin agama dan bisnes, dalam usaha menjana lebih dana untuk pengedaran filem tersebut.

Filem ini diarahkan oleh Christopher Spencer, yang juga telah mengarahkan siri pendik televisyennya. Colin Swash, Nic Young dan Richard Bedser, yang telah menulis skrip untuk siri televisyen itu kembali bertugas dalam filem ini. 

"Son of God" akan diedarkan melalui 20th Century Fox dan adalah filem besar-besaran yang pertama dari sebuah studio besar sejak "Passion of Christ" penerbitan Mel Gibson. Ianya akan ditayangkan di panggung wayang sebulan sebelum "Noah," satu lagi kisah besar berdasarkan Alkitab yang akan membintangi Russell Crowe dan Emma Watson, yang akan ditayangkan di pawagam pada 28 Mac.

Minisiri "Bible" oleh History Channel telah ditonton secara purata oleh 11.7 juta penonton, dengan penayangan sulungnya pada Mac 2013 menarik jumlah penonton hampir 13 juta. Ianya sekarang ditayangkan di Hong Kong dan akan ditayangkan di United Kingdom tidak lama lagi.


Tonton Treler Filem "Son of God" (Diedarkan oleh 20th Century Fox)



[Diterjemah daripada artikel The Christian Post bertajuk "'Son of God' Movie Trailer Is Released (VIDEO)" penulisan Morgan Lee bertarikh 26 November 2013]