Isnin, 21 Julai 2014

Mahkamah Arahkan CD Kristian Dipulangkan



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan untuk memulangkan lapan cakera padat (CD) keagamaan Kristian yang mengandungi kalimah Allah, yang dirampas daripada penganut Kristian Sarawak Jill Ireland pada Mei 2008.

Hakim Zaleha Yusof memutuskan, pegawai kanan Jabatan Kastam Suzana Muin, yang mengeluarkan arahan rampasan, telah bertindak secara tidak sah dengan menyimpan CD itu kerana kuasa itu terletak di tangan menteri dalam negeri.

Dengan menyimpan CD itu, responden melakukan tindakan salah bawah Seksyen 8 Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1948.

“Dia bertindak ultra vires kerana simpanan (CD) itu mesti diberi kuasa oleh menteri dalam negeri sendiri dan tidak disalurkan kepada mana-mana pihak.

“Ekoran itu, CD akan dipulangkan kepada plaintif,” kata Zaleha.

(Diambil daripada artikel Malaysiakini bertajuk "Mahkamah Arahkan CD Kristian Dipulangkan" bertarikh 21 Julai 2014)