Pandelela Rinong, ratu terjun Malaysia |
Dia menjelaskan bahawa namanya "Pande" adalah sama dengan perkataan Melayu "pandai". Tetapi jurulatih terjunnya dan kawan-kawannya memanggilnya "Lela". Dan ibunya mempunyai nama panggilan yang istimewa untuknya - Nong.
Pamela Rinong anak Pamg
2. Tidak jadi ahli terjun? Dia akan jadi ahli gimnastik!
"Saya suka menonton gimnastik, jadi jika saya tidak terlibat dalam sukan terjun air, saya akan suka menceburi sukan gimnastik samada yang artistik atau berirama, kemungkinan melakukan acara lantai atau riben. Saya suka riben yang berwarna-warni," kata Pandelela.
Setiap ahli sukan mempunyai caranya yang tersendiri untuk bersiap-sedia bagi perlawanan atau pertandingan yang penting. Beginilah cara Pandelela menyediakan diri, "Amalan saya ialah menelefon atau menghantar mesej kepada keluarga saya bahawa saya akan bertanding dan kami akan berdoa bersama-sama."
Anda mungkin akan berfikir bahawa ahli sukan handalan ini suka menjalani latihan dan tekaan anda itu salah. "Saya tidak gemar latihan harian saya... sebenarnya saya membencinya (ketawa). Tetapi saya kira kelebihannya ialah saya dapat bercerita dan bergosip dengan rakan-rakan sepasukan. Tetapi saya suka latihan di gim. Dan saya jauh lebih suka jika sesi-sesi latihan diadakan sewaktu pertandingan sudah hampir. Dan jika saya tidak mengikuti latihan, saya suka makan sambal udang petai, kepak ayam dan jus lobak merah dengan susu... dan makanan laut.
5. Kesilapan terbesar
Dia tidak sempurna dan tidak segan untuk mengakuinya.
"Ianya berlaku pada 2010 semasa acara terjun World Series di Mexico. Saya terlalu mengfokus dan mengambil kedudukan yang salah untuk terjunan itu - ianya berbeza daripada yang telah diumumkan oleh pengacara. Kemudian wisel berbunyi sejurus sebelum jurulatih saya memanggil nama saya dan saya pun menyedari bahawa saya dalam kedudukan yang salah. Dengan cepat saya mengubah kedudukan saya dan membuat terjunan yang betul. Tetapi saya mendapat markah kosong untuk terjunan itu kerana sekali wisel berbunyi, semua orang harus berdiam diri.
6. Terjunan lebih tinggi
"Sukan terjun air mempunyai kategori terjunan yang lebih tinggi dan lebih mencabar. Saya ingin mencuba cabaran itu tetapi Malaysia belum ada pelantar terjunan tinggi itu. Jika saya ada kesempatan untuk keluar negeri dan mencubanya, saya akan melakukannya."
7. Ahli sukan pujaan
Siapakah yang ingin ditemuinya semasa majlis Anugerah Laureus di Kuala Lumpur pada 26 Mac?
"Kalau boleh (Rafael) Nadal... (ketawa). Saya minat etika kerjanya, dia sungguh bekerja kuat! Dan saya selalu menontonnya bermain melalui ESPN."
(Dipetik dan diterjemah daripada artikel The Star bertajuk "10 Things You Didn't Know About Pandelela" penulisan Ashreena Pillai bertarikh 4 Mac 2014)
Pandelela lebih suka latihan di gim daripada latihan yang sebenar |