Ahad, 27 Julai 2014

Wanita Sudan Yang Dijatuhkan Hukuman Mati Kerana Iman Kristiannya, Sudah Dilepaskan Dan Tiba Di Itali

Mariam Yehya tiba di lapangan terbang Rom dengan keluarganya
diringi oleh Timbalan Menteri Luar Negeri Itali, Lapo Pistteli

ROM (CNN) -- Mariam Yehya Ibrahim, wanita Kristian Sudan yang telah dijatuhkan hukuman mati di Sudan kerana imannya, tiba di Rum pada hari Khamis, kata Kementrian Luar Negeri Itali.

Mariam "akan berada di Itali untuk waktu yang pendik dan kemudian akan meneruskan perjalanan ke Amerika Syarikat," kata kementrian itu.

Pihak berkuasa Sudan telah mengatakan bahawa Mariam didapati bersalah menolak Islam untuk Kristian, tetapi keputusan mahkamah itu telah dibatalkan bulan lepas atas rayuan, berikutan kontroversi antarabangsa selama berminggu-minggu. 

Selepas dia dibebaskan, Mariam dan suaminya, warga negara Amerika Daniel Wani, telah ditahan untuk dua hari, didakwa memalsukan dokumen perjalanan apabila mereka pergi ke lapangan terbang di Khartoum, ibu negara Sudan. Mereka sedang berusaha berlepas ke Amerika Syarikat dengan bayi perempuan mereka, yang telah dilahirkan ketika Mariam di penjara, dan anak kecil lelaki mereka. 

Kini impian mereka untuk memulakan kehidupan baru di Amerika Syarikat akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. 

Bukan saja itu, tetapi Mariam dan keluarganya telah bertemu dengan Paus Francis di kediaman peribadinya di Domus Santa Marta di Vatican City.


Mariam dan keluarga bertemu dengan Paus Francis di Vatican

Pada pertemuan itu pada hari Khamis yang selama lebih kurang setengah jam, Mariam berterima kasih kepada Paus untuk sokongan dan doanya bersama Gereja Roman Katolik, kata Vatican.

Paus pula berterima kasih kepada Mariam dan keluarganya untuk "kesaksian berani dan keteguhan iman mereka."

Paus juga bermain-main dengan anak-anaknya, Martin yang berusia 18 bulan, dan Maya yang berusia 2 bulan, dan bersalaman dengan diplomat-diplomat Itali yang telibat dalam perjalanannya ke Itali.

Dengan tanda muhibah ini, kata Vatican, Paus ingin "menunjukkan keakrabannya, doa dan perhatiannya juga kepada semua yang menderita untuk iman mereka, terutamanya orang-orang Kristian yang menghadapi penganiayaan atau sekatan ke atas kebebasan beragama mereka."

Mariam mengatakan bahawa ibunya, seorang Kristian Ortodoks Ethopia telah membesarkannya sebagai orang Kristian.

Dia tetap bertahan dalam imannya meskipun diancam hukuman mati, dan berkata semasa mahkamah bersidang untuk menjatuhkan hukuman pada bulan Mei: "Saya seorang Kristian dan akan kekal sebagai Kristian."

Mariam dan keluarganya sebelumnya telah disambut di lapangan terbang oleh Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi.

Dalam kenyataan pendik kepada wartawan di lapangan terbang, Renzi berkata, "Pada hari ini, kita sungguh genbira.... Hari ini ialah hari untuk meraikan."

Sambil mengiringinya, Timbalan Menteri Luar Negeri, Lapo Pistelli berkata Mariam dan anak-anaknya sihat dan dalam keadaan yang amat baik."

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel CNN bertajuk, "She Faced Death In Sudan For Her Christian Faith, Now She's Free" penulisan Hada Messia, Nima Elbagir dan Laura Smith-Spark bertarikh 24 Julai 2014)