Isnin, 28 Julai 2014

Beritahu Kawan Anda Mengenai Blog Ini! Domba2Domba!

Blog telah mencapai 300,000 pageviews
(paparan halaman) pada 28 Julai 2014 
Setelah menantikan harinya selama beberapa minggu, hari ini, 28 Julai 2014, blog domba2domba telah mencapai 300,000 pageviews (paparan halaman) sejak dimulakan pada 9 April 2011. Ertinya selepas bermula blog selama 3 tahun, 3 bulan dan 3 minggu, blog pun telah mencapai angka 300,000 tersebut. Bagiku itu satu keajaiban Tuhan bahawa aku dapat menulis blog ini selama 3 tahun ini. Aku juga bersyukur untuk semua pengunjung dan pembaca setia blog ini. Anda telah menjadi inspirasi bagiku!


Catitan Flag Counter pada 28 Julai 2014
Pengunjung Sejak 2013

Sejak meletakkan Flag Counter di blog ini pada 29 Januari 2013, blog telah dikunjungi oleh 43,446 orang pengunjung. Pengunjung teramai adalah dari Malaysia berjumlah 31,620 orang (72.8%), diikuti oleh pengunjung dari Indonesia berjumlah 4.831 orang (11.1%) dan Amerika Syarikat dengan 4,551 orang (10.5%).


Namun masih ramai lagi pemuda-pemudi Kristian Sabah dan Sarawak yang belum pernah mengunjungi atau membaca page ini.

Sementara itu Page Facebook untuk domba2domba sudah mencapai 1,711 likes setakat ini (28 Julai 2014). Namun masih ramai lagi pemuda-pemudi Kristian Sabah dan Sarawak yang belum pernah mengunjungi atau membaca page ini. Bolehkah anda membantu dengan meng"Invite" kawan-kawan anda untuk "Like" page ini? Terima kasih atas kesudian anda! (Anda akan menemukan link "Invite" dalam Page FB domba2domba yang berikut).