Selasa, 21 Oktober 2014

Kajian Menyebut Ketepatan Alkitabiah Sebagai Faktor Utama Untuk Kejayaan Filem "Exodus: Gods and Kings"

Filem Exodus: Gods and Kings

Filem-filem berdasarkan keimanan semakin popular tahun ini, tetapi sebuah kajian yang dibuat baru-baru ini menunjukkan bahawa filem-filem itu tidak akan secara automatik mengaut keuntungan daripada para penonton Kristian. 

Faith Driven Consumer, sebuah kumpulan sokongan yang pengkhususannya dalam mengukur perilaku dan tabiat konsumer Kristian Amerika, telah mengeluarkan maklumat pertama kajian terbarunya yang menunjukkan bahawa ketepatan Alkitabiah memainkan peranan terbesar dalam menentukan samada seseorang Kristian Amerika akan menonton sesebuah filem yang berdasarkan iman. 

Khususnya, data daripada bancian itu menunjukkan bahawa 74% daripada orang dewasa Amerika - Kristian dan bukan Kristian -- kemungkinan akan menonton filem akan datang Exodus: Gods and Kings hanya jika ianya tepat secara Alkitabiah. Filem itu yang dijadualkan untuk ditayangkan pada 12 Disember, membintangi Christian Bale sebagai Musa dan Aaron Paul (dari Breaking Bad) sebagai Yoshua dalam satu pengisahan semula Keluaran orang-orang Ibrani dari tawanan di Mesir. Kita belum tahu lagi berapa ruang bebas kreatif yang telah diberikan kepada panel penulisnya, tetapi jika penerimaan yang kurang baik terhadap filem Noah yang dibintangi Russell Crowe dari awal tahun boleh dijadikan petanda, penonton-penonton Kristian mungkin akan was-was. 

Kajian Faith Driven Consumer mengukuhkan perkara ini dengan statistik tambahan apa yang orang Kristian Amerika inginkan dalam hiburan dari Hollywood. Manakala 77 peratus penduduk Amerika mengenalkan diri mereka sebagai Kristian, 80 peratus daripada orang-orang Kristian itu melaporkan bahawa tetepatan Alkitabiah sebagai faktor utama yang mereka letakkan untuk menonton filem akan datang itu. Sejajar dengan itu, 69 peratus daripada orang-orang Kristian itu mengatakan bahawa mereka kemungkinan besar tidak akan menonton filem itu jika ianya tidak menurut buku Keluaran. 

Kajian ini penting diambil perhatian oleh Hollywood kerana ianya bererti golongan penonton yang semakin ramai ini ingin menonton lebih dari hanya special effect yang besar dan para pelakon bajet besar. Walaupun filem God's Not Death yang ditayangkan tahun ini, tidak mendapat sanjungan dari pengkritik-pengkritik filem dan dibintangi pelakon-pelakon bajet rendah, ianya tidak menghalang orang-orang Kristian menyokong filem itu, yang mendapat RM61 juta di seluruh dunia dalam hanya 1800 pawagam. 

"Data menunjukkan bahawa para penerbit filem perlu mengalu-alukan dan berbincang dengan masyarakat beriman ini di kedua-dua tahap pastor dan jemaat dengan mendapat maklumbalas mereka dan mendapatkan kepercayaan mereka," kata Chris Stone, pengasas Faith Driven Consumer. "Jika dilakukan dengan betul, Exodus boleh mencapai status blockbuster dan memecahkan rekod jualan tiket yang telah dicatit oleh The Passion of Christ sepuluh tahun yang lalu. Jika tidak dilakukan dengan baik, ianya satu lagi kesempatan besar yang terlepas." 


Treler Filem Exodus: Gods and Kings (penerbitan 20th Century Fox)



(Diterjemah daripada artikel The Gospel Herald bertajuk "Study Cites Biblical Accuracy As Most Important Factor In 'Exodus: Gods and Kings' Movies's Success" penulisan Shawn Schuster bertarikh 6 Oktober 2014)