Isnin, 13 Oktober 2014

Lagi Cubaan Pengislaman Di Sarawak



Dakwaan terdapat percubaan menukar agama ke Islam kali ini di sekolah-sekolah di Betong, telah dibawa ke perhatian pihak berkuasa dan ahli-ahli politik. 

Selepas membaca di media, dakwaan pengislaman orang-orang Kristian miskin di Belaga, ibubapa-ibubapa di Sarawak juga khuatir bahawa anak-anak mereka yang bersekolah juga menjadi sasaran penukaran agama mereka ke Islam oleh individu-individu yang tidak berprinsip.  


Leon Jimat Donald
Mereka telah membawa aduan mereka kepada naib presiden DAP Sarawak, Leon Jimat Donald, bahawa terdapat usaha menukar agama anak-anak mereka di sekolah-sekolah mereka di Betong yang terletak dalam kawasan dewan undangan negeri, Layer yang diwakili oleh Timbalan Ketua Menteri Alfred Jabu Anak Numpang. 

"Ibubapa-ibubapa yang sangat bimbang ini datang berjumpa saya berkenaan anak-anak mereka di MRSM Betong yang menghadapi cubaan ditarik untuk menukar agama ke Islam oleh individu-individu yang tidak berprinsip. 

"Mereka datang berjumpa saya selepas membaca mengenai usaha pengislaman oleh kumpulan-kumpulan tertentu di Belaga," kata Leon yang merupakan ketua cawangan DAP Sri Aman. 

Ibubapa-ibubapa itu memberitahunya bahawa anak-anak mereka tidak dibenarkan membawa Alkitab ke sekolah berasrama mereka dan pelajar-pelajar lelaki dipaksa memakai songkok.

"Jika dakwaan-dakwaan ini benar, saya ingin guru-guru di MRSM Betong untuk menghentikan semua peraturan ini dengan serta-merta. 

"Saya akan menulis surat aduan rasmi kepada menteri pendidikan," katanya, sambil menyatakan bahawa kejadian-kejadian seperti ini di sekolah-sekolah akan menyebabkan ibubapa-ibubapa Kristian Dayak untuk tidak menghantar anak-anak mereka ke MRSM atau Maktab Rendah Sains MARA, dan dengan itu menafikan mereka peluang untuk pendidikan yang baik. 

Leon mengatakan bahawa tindakan berselindung yang tidak wajar ini bukanlah petanda baik untuk penduduk-penduduk negeri ini, dan menyebut bahawa 80 peratus daripada 1.3 juta orang Dayak di Sarawak adalah Kristian.

Telah dilaporkan semalam bahawa orang-orang Kristian di Belaga telah mengadu mengenai cubaan sekumpulan orang-orang luar untuk menukar agama mereka ke Islam oleh sekumpulan orang-orang luar.dengan menawarkan mereka RM6,000 setiap orang. 

Kumpulan itu telah mengunjungi beberapa rumah panjang di Belaga di bawah program "muhibbah dan kebajikan."

Kunjungan mereka yang seterusnya termasuk Punan Bah, Punan Biau, Uma Tanjung, dan Nanga Merit.

Usaha-usaha kumpulan itu telah mengejutkan ramai Kristian yang menggesa pihak berkuasa untuk menghentikan aktiviti-aktiviti sedemikian.

(Diterjemah daripada artikel Malaysiakini bertajuk "More Islamic Conversion Attempts In Sarawak" bertarikh 11 Oktober 2014)