Selasa, 14 April 2015

Manny Pacquiao Menyatakan Bahawa Isteri Dan Iman Telah Mengubah Hidupnya

Manny Pacquiao dan isteri (gambar oleh Issac Baldizon, Getty Images)

WEST LOS ANGELES (CBSLA.com) - Jaguh tinju Manny Pacquiao, yang bakal bertarung dalam perlawanan tinju terbesar karirnya tidak lama lagi, meluangkan hari Ahadnya di sini LA, di gereja di mana dia telah memeluk Kekristianan empat tahun yang lalu.

Pacquiao menerima sambutan gemuruh di Shepherd Church, di mana dia berbicara bukan mengenai perlawanannya yang berprofil tinggi dengan Floyd Mayweather Jr tidak lama lagi, tetapi mengenai pengumulan rohani dirinya dahulu. 

"Alkitab akan mengajarmu, membimbingmu," Pacquiao memberitahu para hadirin. "Alkitab akan memimpin jalanmu, ke mana kamu harus pergi."

Pacquiao berkongsi bahawa empat tahun lalu, dia telah mendengar khutbah daripada pastor gereja itu, dan itu telah menyakinkannya untuk memeluk agama Kristian. 

Walaupun jaguh tinju itu telah mencapai banyak kejayaan di gelanggang di masa lalu, kehidupan peribadi dan keluarganya telah terjejas, dia menyatakan. Oleh kerana sering disanjung di khalayak ramai, katanya. itu telah mendedahkannya kepada minuman keras, perjudian dan kehidupan berpoya-poya. 

Dia menyatakan bahawa isterinya dan imannya telah mengubah hidupnya. 

"Itulah hidupku dulu, tetapi kini hidupku sudah mengalami perubahan besar," kata Paquiao.


(Diterjemah daripada artikel CBS Los Angeles bertajuk, "Manny Pacquiao Credits Wife, Faith With Changing His Life" bertarikh 12 April 2015)