Penyanyi muda yang berbakat, Elizabeth Tan |
Elizabeth Swan (Tan), seorang penyanyi wanita yang tidak pernah bermimpi untuk menjadi seorang penyanyi mendapati dirinya menjadi tumpuan ramai setelah dia memuat naikkan video YouTube nyanyiannya untuk lagu 'Havoc.'
"Tuhan sepertinya sedang menggunakan bakat nyanyian dalam diri saya untuk satu tujuan yang saya tidak jelas. Tapi saya cuma letakkan kepercayaan kepada-Nya dan mengikut saja alirannya," kata Elizabeth yang memiliki impian untuk menjadi seorang pelakon.
Sejak 'Havoc', dia telah terus mempersembahkan lebih lagu lagi di YouTube, dan mencapai lebih 120,000 pengikut dalam masa setahun. Dia juga telah dicalonkan untuk Artis Baru Paling Popular di Malaysia sempena acara tahunan Anugerah Bintang Popular 2014.
Salah satu ingatan awalnya menyanyi adalah di gereja, di mana dia masih ingat bahawa dia merasa "sangat gementar." Tetapi pengalaman itu telah membantu membina keyakinannya untuk menyanyi di atas pentas.
Elizabeth menyanyi |
"Ianya benar-benar satu penghormatan untuk dipakai Tuhan seperti itu. Dengan cuma mengizinkan-Nya melayani kita, dan Dia melayani orang lain melalui kita," kata Elizabeth mengingati bagaimana beberapa orang telah tersentuh oleh nyanyiannya di rumah doa di Kolej Alkitab di mana dia belajar.
Sambil membesar, dia selalu memandang dengan kagum kakaknya yang selalu menyanyi di atas pentas, dan yang pernah merekod album Kristiannya sendiri pada usia 21 tahun. Selain kakaknya, Steffany Frizzell-Gretzinger dari Bethel Music juga telah memberi ilham kepadanya.
"Lagu-lagu Steffany sangat bermakna kepada saya ketika melalui waktu tidak tahu hala tujuan, keliru dan terluka. Dia menulis lagu-lagunya dari hati dan setiap kali menyanyi kepada Tuhan secara terus. Itu benar-benar telah menjadi inspirasi bagi saya," kata Elizabeth.
Mengimbas kembali ke waktu silam, Elizabeth dapat melihat bagaimana Tuhan telahpun menyiapkannya sejak waktu dia di kolej, ketika itu dia telah mendengar dari Tuhan dan mentaati-Nya untuk belajar di sebuah Kolej Alkitab.
"Segala kejayaan datang dari Tuhan" |
"Pergi ke Kolej Alkitab adalah satu persiapan yang sangat baik untuk saya dan ianya telah memaksa saya menjadi matang dalam pelbagai cara.
"Ianya telah mengajar saya banyak perkara dan waktu itu bersama Tuhan telah benar-benar membentuk saya menjadi siapa saya hari ini, melalui kuliah, melalui orang-orang lain, melalui pengalaman berjauhan daripada keluarga dan segala hal yang merupakan kebiasaan," kata Elizabeth.
Dia menyedari bahawa segala kejayaannya datang dari Tuhan dan ibubapanya yang tekun berdoa dan sering berdoa untuknya.
"Segala kejayaan yang saya kecapi hari ini adalah pasti sekali kerana kasih karunia dan kebaikan Tuhan. Mungkin ini satu ungkapan yang biasa orang ucapkan, tetapi ianya memang benar. Saya tidak percaya saya lebih diberkati atau dikasihi daripada orang lain kerana itu tidak benar.
"Yang saya percaya ialah saya telah dipanggil untuk sesuatu walaupun saya masih cuba memahami apakah tujuan bagi saya untuk waktu yang seperti ini. Seperti Ester, saya akan ditempatkan di tempat dan waktu yang khusus untuk dipakai Tuhan," kata Elizabeth.
Dalam menghadapi populariti dan perhatian umum, Elizabeth sentiasa berhati-hati untuk mengekalkan nilai dan pegangan hidupnya.
Elizabeth Tan sedang membuat persembahan di pentas |
"Saya cuba tidak terlalu fikirkan mengenai populariti. Jika saya mendapati diri terlalu kerap melihat media sosial saya, saya kadang-kadang akan memadamkan applikasi itu daripada telefon saya untuk seketika waktu supaya tidak dikuasainya," kata Elizabeth.
Selain daripada mengelilingi dirinya dengan persahabatan yang baik dan sihat, dia terus mengekalkan jati dirinya dengan mengadakan hubungan berterusan dengan Tuhan, dengan berbual dengan-Nya sepanjang hari.
"Sebelum suatu persembahan, saya akan berdoa untuk menyerahkan persembahan itu kepada-Nya. Walaupun pada hari yang paling sibuk, saya akan pastikan saya mengadakan waktu untuk berdoa sebelum saya masuk tidur.
"Hanya kerana Dialah, saya ada di sini. Jadi, saya benar-benar perlukan-Nya untuk memimpin langkah saya sebab saya sendiri tidak pasti ke mana arah yang saya akan pergi," kata Elizabeth.
Walaupun kadang-kadang dia merasa janggal dan tidak selesa berada dalam industri hiburan, dia tahu bahawa Tuhan mempunyai tujuan untuknya.
"Seorang kawan pernah mengatakan bahawa Tuhan akan mengizinkan kita melalui hal-hal yang kita tidak dapat kendalikan, supaya kita tidak ada pilihan melainkan bersandar kepada-Nya. Di situlah iman kita dilatih.
"Dan sebenarnya, itulah kehidupan saya setiap hari. Saya hanya memahami perjalanan saya selepas saya melangkah, oleh itu saya selalu pastikan bahawa hubungan saya dengan Tuhan adalah kuat, supaya saya tidak akan menyimpang dari jalan," kata Elizabeth.
Elizabeth Tan |
Seorang penyanyi wanita yang berusaha menyenangkan hati Tuhan, Elizabeth memikirkan tentang kecantikan, sebagai satu hasil karya agung yang terdiri dari banyak faktor selain dari penampilan rupa.
"Saya rasa seorang wanita yang cantik ialah seorang yang menghormati, mengasihi dan menerima dirinya, dan juga orang-orang di sekelilingnya. Ianya terdiri dari jati diri yang ikhlas dan penampilan yang menyenangkan. Bagi saya itulah kecantikan," kata Elizabeth.
Akhirnya, jika kita setia kepada jalan Tuhan, Dia pasti akan mengangkat kita pada suatu hari. Ujian dan kesukaran yang anda hadapi hari ini adalah persiapan untuk rancangan-Nya yang lebih besar pada masa hadapan. Tuhan mengasihi anda.
(Diterjemah daripada artikel Christianity Malaysia bertajuk, "A Songstress After God's Heart - Elizabeth Swan (Tan)" penulisan Adeline Lum bertarikh 6 Mei 2015)
(Diterjemah daripada artikel Christianity Malaysia bertajuk, "A Songstress After God's Heart - Elizabeth Swan (Tan)" penulisan Adeline Lum bertarikh 6 Mei 2015)