6 Mac 2015 - Berikut ini adalah transkrip kesaksian Andrew Chan dari Penjara Kerobokan - ianya telah diberikan kepadaku oleh seorang Pastor yang merupakan kawanku. Andrew telah memberi keizinan untuk dikongsikan kesaksian ini.
"Saya membesar dalam keluarga berugama Buddha jadi saya tidak beberapa tahu mengenai agama Kristian. Pada hari saya telah ditahan di Lapangan Terbang Bali pada 17 April 2005. Saya dibawa keluar dari kapal terbang dan setelah diperiksa dan soal-siasat pertama di lapangan terbang saya telah dibawa ke Balai Polis. Mereka mencampak saya ke dalam bilik sel seorang diri dan menjerit-jerit kepadaku. Saya berfikir mereka akan membunuh saya.
Oleh kerana saya tidak mahu diseksa dan saya tahu bahawa saya tidak akan dapat tahan, saya membuka baju saya dan menjerutnya keliling leher saya. Saya memanjat dan mengikat lengan baju ke atas saya dan bersedia untuk melompat. Pada saat itu saya teringat mengikuti sekolah minggu beberapa kali dengan Luke, seorang kawan keluarga kami yang rapat, dan saya pernah mendengar mengenai syurga dan bumi.
Sambil saya bersedia untuk melompat saya tahu bahawa jika adanya syurga, itulah tempat yang saya ingin pergi dan saya pastinya tidak mahu pergi ke neraka. Saya menjadi takut untuk melompat kerana saya takut saya akan ke neraka. Saya membuka balik ikatan baju saya dan turun semula.
Saya mula membaca Alkitab, bermula dari Kejadian 1-2 tetapi saya tidak dapat memahaminya jadi saya pun meletakkannya lagi ke bawah. Pada keesokan harinya, Luke datang ke Balai Polis dan mengunjungi saya. Dia telah terbang dari Australia dan dia menanya saya samada saya sudah mula membaca Alkitab. Saya memberitahu bahawa saya sudah mula membaca tetapi tidak dapat memahaminya, oleh itu dia memberitahu saya untuk mula membaca buku-buku Injil - Matius, Markus, Lukas dan Yohanes. Jadi saya membaca keempat Injil itu.
Pada esok harinya, Luke menanya saya, "Sudahkah kamu membaca empat buku Injil itu?" Saya berkata sudah, kemudian dia tanya, "Apakah yang kamu dapat daripadanya?" Saya menjawab, "Saya tidak mendapat apa-apa." Kemudian bila dia mahu pergi, dia berkata, "Baiklah kamu baca semuanya lagi."
Penjara Kerobokan di Bali di mana Andrew telah dipenjarakan |
Tetapi saya berkata bahawa saya tidak tahu bagaimana berdoa. Saya belum pernah berdoa. Jadi Luke menerangkan bahawa ianya adalah cuma bercakap dengan Tuhan dan meminta pertolongan dari-Nya. Jadi saya lakukan apa yang Luke suruh saya lakukan.
Kali ini saya membaca Injil Matius dan sampai ke Markus 11 dan Tuhan berbicara kepada saya dan menolong saya memahami. Dalam Markus 11, saya membaca mengenai dua perkara yang memberi cabaran kepada hidup saya.
Yang pertama ialah Markus 11:12-14, "Keesokan harinya sesudah Yesus dan kedua belas murid-Nya meninggalkan Betania, Yesus merasa lapar. Dan dari jauh Ia melihat pohon ara yang sudah berdaun. Ia mendekatinya untuk melihat kalau-kalau Ia mendapat apa-apa pada pohon itu. Tetapi waktu Ia tiba di situ, Ia tidak mendapat apa-apa selain daun-daun saja, sebab memang bukan musim buah ara. Maka kata-Nya kepada pohon itu: 'Jangan lagi seorangpun makan buahmu selama-lamanya!' Dan murid-murid-Nyapun mendengarnya."
Hidup saya seperti pokok ara itu dan sedang mati. Hidup saya tidak mempunyai erti. Tidak ada buahnya. Ianya tidak berguna. Tetapi saya merasakan Tuhan memberitahu saya bahawa Dia mahu mengubah hidup saya, menukar haluannya dan menjadikannya berbuah.
"Hidup saya seperti pokok ara itu dan sedang mati. Hidup saya tidak mempunyai erti." - Andrew Chan
Perkara kedua yang Tuhan berbicara kepada saya ialah mengenai iman yang tidak teragak-agak terhadap-Nya. Dia berbicara kepada saya melalui Markus 11:20-24, "Pagi-pagi ketika Yesus dan murid-murid-Nya lewat, mereka melihat pohon ara tadi sudah kering sampai ke akar-akarnya. Maka teringatlah Petrus akan apa yang telah terjadi, lalu ia berkata kepada Yesus: 'Rabi, lihatlah, pohon ara yang Kaukutuk itu sudah kering.' Yesus menjawab mereka: 'Percayalah kepada Allah! Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa berkata kepada gunung ini: Beranjaklah dan tercampaklah ke dalam laut! asal tidak bimbang hatinya, tetapi percaya, bahwa apa yang dikatakannya itu akan terjadi, maka hal itu akan terjadi baginya. Karena itu Aku berkata kepadamu: apa saja yang kamu minta dan doakan, percayalah bahwa kamu telah menerimanya, maka hal itu akan diberikan kepadamu.'"
Tuhan menunjukkan kepada saya bahawa segala sesuatu adalah mungkin dan saya hanya perlu percaya kepada-Nya tanpa ragu-ragu dan saya mengambil keputusan melakukan itu. Sebelum perbicaraan mahkamah, saya mula berdoa dan memberitahu Tuhan, "Jika Engkau mengeluarkan saya dari semua ini dan membebaskan saya, saya akan melayani Engkau selamanya."
Apabila hakim mengisytiharkankan hukuman mati, saya terkejut dan saya berkata kepada Luke, "Saya telah memberitahu Tuhan bahawa saya akan melayani-Nya selamanya jika Dia membebaskan saya," dan Luke mula memukul-mukul saya di dada dan berkata, "Dia telah membebaskan kamu! Di sini, di hatimu, Dia telah membebaskan kamu."
Dengan itu saya mengerti bahawa saya sudah bebas. Saya mungkin ada di penjara, tetapi di hati saya, saya sudah bebas. Saya telah menemui keselamatan yang sebenar melalui Yesus Kristus di penjara, dan mesej penyelamatan hidup saya yang saya kongsikan dengan semua orang tidak dapat dikongkong oleh tembok-tembok penjara.
Oleh,
Andrew Chan, Bilik Tahanan Hukuman Maut, Penjara Kerobokan, Bali.
Oleh,
Andrew Chan, Bilik Tahanan Hukuman Maut, Penjara Kerobokan, Bali.
Video: Andrew Chan ketika memimpin pujian di Penjara Kerobokan
[Andrew Chan dan tujuh lagi tahanan hukuman maut telah menjalani hukuman mati melalui tembakan pada 29 April 2015 pada 12.25 pagi. Andrew dan tahanan-tahanan lain itu menyanyi lagu "Amazing Grace" dan "Bless The Lord, O My Soul" sehingga saat mereka ditembak.]
(Diterjemah daripada catitan Facebook Sharon McBride bertarikh 6 Mac 2015, yang telah dikongsikan kembali di Facebook oleh Jonathan Ong Ujang semalam)