Selasa, 5 Mei 2015

Blog domba2domba Mencapai 500,000 Pageviews Hari Ini!

Puji Tuhan, pada pagi ini, 5 Mei 2015, blog domba2domba telah mencapai 500,000 pageviews! Segala Puji Syukur kepada Tuhan, dan ucapan Terima Kasih kepada semua Pembaca dan Pengunjung blog ini. 


Semua angka di atas adalah untuk blog domba2domba pada 5 Mei 2015,
(kecuali angka 2,100 yang adalah untuk page Facebook domba2domba)


Pada 9 April yang lalu, semasa merayakan ulangtahun blog yang ke-4, jumlah pageviews yang tercatat adalah 445,621. Oleh itu saya menyangka akan mengambil dua atau tiga bulan lagi untuk mencapai angka 500,000. Namun begitu dalam satu bulan yang lepas, beberapa artikel telah menjadi viral, terutamanya artikel-artikel mengenai penurunan Salib, banduan Andrew Chan dan peninju Manny Pacquiao, dan itu telah melonjakkan angka pageviews dengan cepat sehingga mencapai 500,000 pageviews secara keseluruhan.

Saya berharap dapat terus memuatkan kisah, berita dan maklumat yang menarik di masa-masa akan datang. Jika anda mempunyai maklumat atau artikel menarik yang anda ingin sumbangkan, sila hubungi saya melalui page Facebook domba2domba.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Tuhan atas penyertaan-Nya sepanjang empat tahun ini. Terima kasih juga kepada anda kerana menjadi Rakan saya dalam pelayanan ini. Terima kasih kerana telah "Like" dan "Share" artikel-artikel di blog ini dengan kawan-kawan anda. Tuhan memberkati Anda!

Haleluya! Puji Tuhan!

"Sebab segala sesuatu adalah dari Dia, dan oleh Dia, dan kepada Dia: Bagi Dialah kemuliaan sampai selama-lamanya!" (Roma 11:36)