Jumaat, 8 Mei 2015

"Saya Suka Page Plugin Baru Facebook!"

Facebook Page Plugin yang baru


Saya suka Page Plugin baru yang telah diperkenalkan oleh Facebook! Dua hari yang lepas saya telah meletakkan plugin baru ini di blog domba2domba. Hasilnya ada di kolum kanan blog.

Bagaimana? Cantikkah? Page Plugin ini adalah untuk menggantikan versi Facebook Like Box yang lama (Facebook akan memberhentikan penggunaan Like Box lama itu mulai 23 Jun 2015). Cuba bandingkan Page Plugin baru di atas dengan Like Box lama di bawah. 


Facebook Like Box versi lama


Page Plugin yang baru ada kelebihannya. Penampilannya lebih segak, modern dan berwarna-warni. Ianya juga mengekalkan butang "Like" supaya anda boleh terus like page FB itu tanpa perlu meninggalkan laman web yang anda sedang layari. 

Dan tambahan lagi, Page Plugin baru ini mempunyai satu ciri baru iaitu butang "Share" - untuk memudahkankan anda mengongsikan page FB dengan mengklik butang itu, tanpa meninggalkan laman web yang anda layari. 






Apabila anda mengklik butang "Share", akan muncul kotak pilihan untuk memilih ke mana dan kepada siapa anda ingin kongsikannya - Timeline sendiri, Timeline kawan, Group, Private Message dan lain-lain. Anda juga boleh pilih setting "Public" atau "Friends" dan sebagainya.

Sudahkah anda klik "Like" dan "Share" pada Page Plugin yang baru di blog ini? Jika belum, silakan klik di kedua-dua butang tersebut!

Klik "Like" supaya anda dapat mengikuti update dari page FB itu, dan klik "Share" supaya anda dapat perkenalkan page FB itu kepada kawan-kawan anda! 

Jadilah Rakanku untuk menyebarkan kisah, berita dan maklumat penting melalui FB page domba2domba!  Terima Kasih!!