Selasa, 30 Jun 2015

Kesaksian Asmirandah, Artis Indonesia

Asmirandah Zantman, artis Indonesia

Berita mengenai Asmirandah berpindah agama sudah tersebar di masyarakat Indonesia. Pada mulanya khabar mengenai Asmirandah pindah agama masih tidak jelas, namun setelah ada pengesahan dan video kesaksian Asmirandah, berita ini sudah ternyata benar, bukan lagi sekadar spekulasi.

Mengapakah Asmirandah menjadi Kristian? Ini menjadi pertanyaan ramai orang. Menurut kesaksian Asmirandah di Tiberias Gading Nias Kelapa Gading, dia bermimpi sebanyak 3 kali. Dalam mimpinya, dia bertemu dengan seorang yang memakai jubah putih. Orang tersebut mengatakan: "kalau kamu ikut Aku, kamu selamat dan masuk Syurga." Orang dalam mimpinya tersebut juga mengatakan: "Akulah Jalan, Kebenaran dan Hidup, tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa kalau tidak melalui Aku."

Asmirandah mencari perkataan yang didengarnya dalam mimpi di kitab suci agama yang dianutnya pada masa itu, namun Asmirandah tidak menemukan ayat tersebut. Dia bertanya kepada Jonas Rivanno, suaminya; Jonas mengatakan bahawa ayat itu ada di Alkitab. Ayatnya tertulis di Yohanes 14:6.

Menurut berita yang tersebar, Asmirandah telah dibaptis di Gereja Tiberias, Jakarta. Mereka sering beribadah di Gereja Tiberias Mall of Indonesia Kelapa Gading. Asmirandah juga sudah bersaksi di Gereja Tiberias Grand Indonesia Menara BCA.


Asmarindah dan suaminya, Jonas
Menurut sang ayah, Asmirandah putri yang sangat dicintainya itu kini sudah dewasa sehingga dia tidak mahu lagi ikut campur urusan Asmirandah kerana semua yang dilakukan putrinya akan menjadi tanggungjawab sang putri sendiri. Walaupun mengaku kecewa, namun Farmidji tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia tak mahu ikut campur lagi soal prinsip yang dipegang Asmirandah.

"Saya memang kecewa, sangat kecewa. Tapi saya tidak akan mencampuri urusannya, Asmirandah kan sudah dewasa. Apa yang dilakukannya akan menjadi tanggungjawabnya," ucap Farmidji seperti dilaporkan Was Was, Selasa 17 Disember 2013.


Soal Asmirandah yang khabarnya telah berpindah keyakinan agar dapat menikah dengan Jonas Rivanno, Farmidji menyerahkan semuanya kepada Asmirandah. Menurutnya, walaupun berbeza prinsip, Asmirandah tetaplah putrinya dan itu tidak pernah akan berubah. Terbukti Farmidji dan sang isteri tetap menerima kedatangan Asmirandah saat ibunya berulang tahun.

"Asmirandah tetap anak kami. Dia juga sempat datang ke ulang tahun ibunya kerana ia memang masih mengakui kami sebagai keluarganya. Walaupun berbeza prinsip, Asmirandah tetap anak kami," ungkapnya. Mengenai di mana keberadaan Asmirandah sekarang, Farmidji mengaku baru mengetahui bahawa anaknya sekarang tinggal di Cibubur. Ia tahu hal ini dari Asmirandah langsung. "Saya juga baru tahu, Asmirandah yang beritahu bahawa dia tinggal di Cibubur sekarang," jelas lelaki yang asal Belanda yang sudah lama menjadi mualaf ini. 

Asmirandah menyedari betul bahawa setiap orang berhak memberikan komen dan penilaian terhadap dirinya yang pindah keyakinan. Namun ia enggan dikacau-bilaukan oleh ceberan tersebut.

"Orang-orang di luar menceber, saya tidak permasalahkan itu. Bagi saya semua orang bebas dan punya hak menilai saya seperti apa," ucapnya pada hari Rabu (29/1/2014), ketika ditemui di Komisi Penyiaran Indonesia (KPI), kawasan Jalan Gajahmada, Jakarta Pusat.

Namun ia berharap orang lain menghargai keputusan yang telah diambilnya. Lagipula orang tuanya telah mengetahui tentang perkembangan hubungannya bersama Jonas Rivanno, pemuda yang menikahinya tersebut. "Tolong hargai keputusan saya," lanjutnya.

Selain itu, ia juga mengatakan kepada para media supaya tidak lagi mengorek tentang kehidupan peribadinya terlalu dalam. "Saya hanya manusia biasa. Saya punya hak untuk privasi saya," ujarnya.


Video: Kenapa Saya Ingin Lebih Lagi Mengenal Tuhan Yesus - Asmirandah



(Dialihbahasakan daripada artikel Renungan Harian Kristen bertajuk "Asmirandah Masuk Kristian" bertarikh 2 April 2014)