Isnin, 29 Jun 2015

Rev Franklin Graham Membidas Keputusan Mahkamah Agung Amerika Membenarkan Perkahwinan Sama Jantina

Rev. Franklin Graham

Rev. Franklin Graham telah memberi reaksi dalam laman Facebook terhadap keputusan kelebihan 5-4 undi Mahkamah Agung pada Jumaat lepas membenarkan perkahwinan sama jantina di 50 negeri di Amerika Syarikat. 

Berikut terjemahan kenyataan Rev. Franklin bertarikh 26 Jun 2015, yang telah mendapat lebih 460,000 likes, hampir 240,000 shares dan lebih 110,000 komen sehingga hari ini (29 Jun) di laman Facebooknya;

"Mahkamah Agung Amerika Syarikat telah membuat keputusan hari ini bahawa perkahwinan sama jantina adalah sah mengikut undang-undang dalam kesemua 50 negeri. Dengan hormat yang sewajarnya kepada mahkamah, ianya tidak mentakrifkan perkahwinan, dan dengan itu tidak layak untuk mentakrifkan semula perkahwinan.

Lama sebelum kerajaan kita wujud, perkahwinan telah diciptakan oleh-Nya yang menciptakan laki-laki dan perempuan  Tuhan yang Mahakuasa  dan keputusan-keputusan-Nya tidak tertakluk kepada penyemakan atau pengubahan oleh mana-mana mahkamah yang terdiri daripada manusia. Tuhan sangat jelas mengenai takrifan perkahwinan dalam Firman-Nya yang kudus: "Sebab itu seorang laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya menjadi satu daging." (Kejadian 2:24)

Saya berdoa agar Tuhan menjauhkan penghakiman-Nya daripada Amerika, walaupun begitu, oleh perbuatan kita sebagai satu negara, kita semakin tidak memberi-Nya sebab untuk menghindarkannya." 


The Supreme Court of the United States has ruled today that same-sex marriage is legal in all 50 states. With all due...
Posted by Franklin Graham on Friday, June 26, 2015