Selasa, 9 Jun 2015

Malim Gunung Joseph Selungin, Terkorban Selepas Jadikan Tubuh Sebagai 'Perisai' Lindungi Dua Pendaki

Malim gunung, Joseph Selungin yang terkorban di Gunung Kinabalu

Artikel laman Siakapkeli mengenai malim gunung Joseph Selungin, wira yang terkorban demi menyelamatkan nyawa pendaki.

Joseph Selungin, seorang lagi Malim Guung hebat yang patut diangkat sebagai wira selepas melakukan sesuatu yang sungguh luar biasa untuk menyelamatkan pendaki yang menggunakan khidmatnya.

Lelaki yang berusia 33 tahun ini dikatakan telah berkorban selepas menjadikan dirinya sebagai perisai untuk menyelamatkan dua orang pendaki dari terkena batu-batu yang jatuh dari puncak gunung. 

Beliau bagaimanapun ditemui di bawah runtuhan batu dalam keadaan memeluk mereka menghalang batu-batu menghempap dua orang pendaki tetapi malangnya ketiga-tiga mereka tidak dapat diselamatkan. 


Joseph Selungin

Menurut cerita rakan sekerjanya Sharulnizam Suhaiji mendiang merupakan seorang yang peramah dan baik hati. 

"Dia merupakan pekerja di Amazing Borneo sejak dua bulan lalu dan sangat disenangi oleh rakan-rakan sekerjanya," katanya.

Dengan pemergiannya, dia telah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak lelaki dan perempuan yang masih kecil.

Sesungguhnya kehilanganmu Joseph tiada galang gantinya. Andalah "The Unsung Hero" bagi kami.

(Diambil daripada artikel laman Siakapkeli bertajuk "Malim Gunung Joseph Selungin, Terkorban Selepas Jadikan Tubuh Sebagai 'Perisai' Lindungi Dua Pendaki" bertarikh 8 Jun 2015)