JAKARTA – Nama Ingwer Ludwig Nommensen tentu sudah tak
asing di telinga orang-orang yang berasal dari Sumatera Utara. Dia adalah
missionari Jerman yang menyebarkan agama Kristian Protestan di sana. Salah satu
peninggalannya adalah gereja terbesar di tengah-tengah suku Batak Toba, yakni
Huria Kristen Batak Protestan (HKBP).
Maka dari itu, untuk menghormati perjuangannya, sejumlah penerbit filem dan pemerhati budaya Batak yang tergabung dalam Amazing Graze Production
memfilemkan perjalanan Nommensen. Mengawali projek tersebut, beberapa foto
Nommensen dan perjuangan Sisingamangaraja hasil kepakaran jurufoto Hasiholan
Siahaan pun dipamerkan dalam acara bertajuk Nommensen Night kelmarin.
“Malam ini Nommensen Night, malam penghargaan Nommensen buat
orang Batak. Pada malam ini ada usaha pengumpulan dana juga. Acaranya akan bergolek terus untuk membuat NOMMENSEN THE MOVIE yang berlatar
belakang sejarah peradaban budaya Batak,” ucap Daniel L Titopakpahan, pengarah filem NOMMENSEN THE MOVIE di Toba Dreams, kawasan Manggarai, Jakarta Selatan.
Penggarapan filemnya sendiri rencananya baru akan dimulai Ogos 2015 nanti. Saat ini, mereka masih mencari tokoh utama untuk memerankan
Nommensen dalam filem tersebut.
“Kita baru akan open casting pada bulan Ogos. Kita akan
workshop, bikin senario. Secara fizikal yang pasti harus orang kulit putih kerana Nommensen
orang Eropah. Pelakon untuk watak Nommensen tidak boleh sembarang juga, harus punya
keperibadian bagus dan kedekatan dengan Tuhan supaya lakonan watak Nommensen terkesan
hidup dalam filem ini,” kata Daniel.
Jerman dan Indonesia, dua negara tersebut akan dijadikan
tempat penggambaran filem NOMMENSEN THE MOVIE. Itu kerana Daniel memaparkan kisah missionari dari tanah kelahirannya hingga menyebarkan agama Kristian di Sumatera
Utara.
“Rencananya di Jerman dan Tapanuli. Jadi ada sebahagian filem digambarkan di Jerman dan di Tapanuli selatan dan utara. Nanti rencananya akan
ditayangkan pada awal 2016,” katanya.
(Dialihbahasakan daripada artikel laman Berita Rohani bertajuk "Perjuangan Missionaris Kristen Protestan I.L NommensenDifilmkan" bertarikh 15 Jun 2015)