Khamis, 25 Jun 2015

Salib Dikembalikan Kepada Pelajar

Keratan laporan akhbar The Star (25 Jun 2015)

SHAH ALAM: Salib milik seorang remaja yang telah dirampas oleh seorang guru telah dikembalikan kepadanya oleh pihak sekolah.

Ayahnya, yang telah membuat laporan polis minggu lepas mengenai perkara itu, telah menerima permohonan maaf daripada pengetua sekolah dan juga akan menarik balik laporan itu. 

"Saya ingat saya tidak harus bercakap lagi mengenainya.," kata Jolis Bied. 

Anak pemandu teksi itu yang berumur 17 tahun, seorang pelajar SMK Taman Sri Muda di Seksyen 25, telah disuruh menanggalkan salib kayu yang dikalung pada rantai tali Rabu lepas oleh guru disiplin sekolah. 

"Guru itu kemudiannya merampas salib itu dan apabila saya mendengar mengenainya daripada anak saya, saya membuat laporan polis pada hari berikutnya pada 18 Jun." kata Bied, 50 tahun, dari Sabah.

Guru disiplin itu telah memberitahu pemuda Tingkatan Lima itu bahawa ianya bertentangan dengan peraturan sekolah untuk memakai perhiasan itu. 

Bagaimanapun, peraturan sekolah yang jelas menyatakan bahawa pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai barangan kemas, tidak menyatakan apa-apa mengenai lambang keagamaan yang tidak mahal. 

Bied berkata bahawa dia telah pergi berjumpa dengan pengetua sekolah pada 19 Jun untuk mendapatkan penjelasan. 

"Pengetua itu meminta maaf dan mengembalikan salib itu kepada saya.

"Anak saya kini dibenarkan memakai salib itu ke sekolah," kata Bied. 

Pihak sekolah tidak dapat dihubungi untuk memberi ulasan pada waktu siaran berita.

(Diterjemahkan daripada laporan akhbar The Star bertajuk "School Returns Consficated Cross Ornament" bertarikh 25 Jun 2015)