Rabu, 24 Jun 2015

Salib Kekal Di Bangunan Sekolah Misi Sabah, Kata Putrajaya

Menurut pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Kementrian Pendidikan pada Jun 2013, sekolah
misi Kristian dibenarkan mengekalkan nilai-nilai dan ciri-cirinya (Gambar fail The Malay Mail) 

KUALA LUMPUR, Jun 24 - Putrajaya telah membenarkan sebuah sekolah misi Sabah untuk mengekalkan salib yang baru dipasang di dinding bangunannya meskipun terdapat tekanan daripada ibubapa-ibubapa dan guru-guru Muslim agar simbol keagamaan Kristian itu diturunkan. 

Laman web berita Sabah, Daily Express melaporkan Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Mary Yap, sebagai berkata menurut pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Kementrian Pendidikan pada Jun 2013, sekolah-sekolah misi Kristian dibenarkan uintuk mengekalkan nilai-nilai dan ciri-ciri mereka. 

"Salib itu kekal ditempatnya," begitu Yap dilapor mengatakan.  

Dia dilapor mengatakan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan akan menjelaskan mengenai pekeliling itu kepada guru-guru dan ibubapa-ibubapa pada hari ini.

Guru-guru dan ibubapa-ibubapa Muslim dikatakan telah meminta Sekolah Rendah Kebangsaan St Mary di Labuk, Sandakan, untuk menurunkan salib yang telah dipasang baru-baru ini di salah satu bangunannya, menurut Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong dan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Jame Alip.

Sementara Sabah dan jirannya Sarawak berbangga dengan jarangnya terjadi perselisihan kaum seperti yang biasa terjadi di Semenanjung Malaysia, ketegangan agama di kalangan rakyat pribumi telah bertambah dengan berkembangnya Islam di rantau itu.

(Diterjemah daripada artikel The Malay Mail Online bertajuk, "Cross Stays On Sabah Mission School Wall, Putrajaya Says" bertarikh 24 Jun 2015)