Pemain-pemain Amerika Syarikat meraikan kemenangan Piala Dunia 2015 |
"Kejayaan ialah menjadi pemain bola sepak yang terbaik mungkin. Tetapi perkara yang sangat, sangat indah mengenai mengasihi Yesus adalah, ianya bukan mengenai saya. Dan tumpuan perhatian bukanlah pada saya," katanya, menurut Christian Breaking News. "Oleh itu apabila saya turun ke padang untuk perlawanan akhir pingat emas itu, ataupun Piala Dunia 2011 menentang Jepun, saya dapat bermain dengan bebas sebab saya tidak perlu risau bagaimana saya akan menjaringkan gol atau samada saya menjaringkan gol atau apa akan terjadi jika kami kalah atau jika saya membuat hantaran yang teruk, kerana kejayaan bukanlah berdasarkan itu dengan Kristus."
Pemain handalan Amerika Syarikat, Lauren Holiday |
"Saya tahu bahawa saya telah diberi bakat-bakat ini bukan untuk menjadi sederhana." dia berkata. "Tuhan telah memberkati saya dengan limpahnya dengan kebolehan bermain bola sepak - permainan popular dunia. Setiap kali saya menjejak kaki ke padang, saya tahu bahawa, melalui usaha dan permainan saya, saya sedang memuliakan-Nya. Dia telah memberikan saya pentas dunia untuk mengongsikan Injil-Nya, dan itulah yang saya harap dapat lakukan."
(Diterjemahkan daripada artikel Faith It bertajuk, "Lauren Holiday Just Won The World Cup And Is Using Her Stage To Share The Most Powerful Message")