Rabu, 1 Julai 2015

Pelajar-Pelajar MRSM Betong Terkejut Dengan "Syarat Wajib" Ambil Bahasa Arab

Sebahagian laporan The Borneo Post bertarikh 30 Jun 2015

KUCHING: Pelajar-pelajar bukan Islam Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Betong dan ibubapa-ibubapa mereka terkejut apabila mereka dimaklumkan bahawa mereka wajib mengambil mata pelajaran bahasa Arab.

Pelajar-pelajar bukan Islam MRSM Betong juga diberitahu bahawa mereka mesti mencapai kelulusan dalam mata pelajaran wajib itu untuk mendapat sijil tamat pengajian mereka. Pengerusi PKR cawangan Betong, Vernon Aji Kedit berkata bahawa perkara itu telah dibawa kepada perhatiannya selepas pelajar-pelajar MRSM Betong diberitahu oleh pensyarah-pensyarah mereka minggu lepas mengenai syarat baru itu.

"Pengumuman ini telah menimbulkan rasa kecewa dengan ramai pelajar-pelajar Dayak bukan Islam dan ibubapa-ibubapa mereka yang melihat ini sebagai satu lagi langkah yang menjurus kepada pengislaman negeri Sarawak yang sekular," dia memberitahu The Borneo Post hari ini. Dia menganggarkan kira-kira 60% daripada pelajar-pelajar MRSM Betong adalah bukan Islam.

Vernon, yang merupakan ketua perhubungan negeri PKR, berkata bahawa selepas dia membangkitkan isu ini di media sosial, dia kemudiannya diberitahu bahawa MRSM Betong kemudiannya menjelaskan kepada pelajar-pelajar bahawa mereka mempunyai pilihan untuk mengambil bahasa Mandarin jika mereka tidak mahu mengambil bahasa Arab. 

Dia berkata bahawa mesej yang bercanggahan kepada pelajar-pelajar MRSM Betong ini adalah bersifat mengelirukan.

"Oleh itu, saya meminta Kementrian Pendidikan di peringkat Persekutuan dan Jabatan Pendidikan di Sarawak untuk menjelaskan situasi ini dengan memberi penjelasan bertulis kepada orang awam mengenai apakah statusnya berkenaan matapelajaran-matapelajaran dan bahasa-bahasa yang wajib di semua kolej MRSM di Sarawak dalam masa dua minggu dari hari ini."

Vernon juga mahu pihak berkuasa yang berkenaan untuk menjelaskan apakah yang sebenarnya berlaku di MRSM Betong dan adakah ianya suatu keputusan yang dibuat tanpa rundingan oleh pihak berkuasa kolej untuk mengelirukan pelajar-pelajar agar berfikir bahawa mereka diwajibkan mengambil bahasa Arab dan cuba memaksakan satu pelajaran pilihan ke atas mereka. 

(Diterjemahkan daripada artikel The Borneo Post bertajuk, "MRSM Betong Students Shaken By Arab Language 'Prerequisite'" penulisan Jonathan Chia bertarikh 30 Jun 2015)