Jeremy Lin , pemain Los Angeles Lakers berusaha mengawal Stephen Curry, Golden State Warriors dalam satu perlawanan NBA di Staples Center, Los Angeles pada 23 Dis 2014 |
Pemain point guard Los Angeles Lakers, Jeremy Lin baru saja menjalani "tahun paling sukar" dalam hidupnya sebagai anggota pasukan Los Angeles Lakers dalam National Basketball Association (NBA). Tetapi dia mengatakan bahawa iman Kristiannya yang kukuh telah menjadi sumber kekuatan dan dorongan baginya ketika waktu-waktu yang sukar dalam hidupnya.
Berucap di hadapan hampir 2,000 pelajar di Chinese University, Hong Kong, ahli sukan berusia 26 tahun itu mengaku bahawa musim lepasnya dengan NBA sebenarnya berlalu dengan teruk. "Semasa lima perlawanan terawal, berapakah yang kami menang? Ya betul, kosong," kata Lin. "Selepas 20 permainan, saya telah dijadikan pemain simpanan. Kami sampai ke penghujung musim dengan 21-61, yang mencatit rekod paling banyak kekalahan untuk pasukan ini."
Bintang bola keranjang ini mungkin mengambil tanggungjawab kekalahan-kekalahan teruk itu secara peribadi, tetapi dia memilih untuk menfokus pada hubungannya dengan Yesus Kristus, dan ini telah membantunya melalui apapun halangan yang dihadapinya.
"Kunci kepada kejayaan yang sebenar bukanlah mengenai diriku - ianya mengenai Yesus," kata Lin. "Itulah yang aku belajar musim lepas: Kejayaan itu bukan berputar dalam lingkaran kecilku. Itu kemungkinan tahun yang paling sukar dalam hidupku. Tapi satu hal mengenainya, bagiku ialah, ianya telah benar-benar membawaku lebih dekat kepada Kristus. Kadang-kadang anda perlu kehilangan sesuatu untuk dapat melihat dan menghargai apa yang anda benar-benar ada."
Semasa sesi soal jawab dengan pelajar-pelajar, Lin telah ditanya oleh seorang wanita mengenai bila dia merancang untuk berkahwin, dan Lin menjawab bersahaja, "Itu adalah aturan Tuhan. Saya tidak ada idea mengenainya."
Apabila seorang ayah meminta nasihatnya mengenai pendidikannya di Harvard University di Cambridge, Massachusetts, dia mana dia telah menuntut dari 2006-2010, Lin mengaku bahawa asalnya dia tidak ingin ke situ.
"Tempat itu sejuk dan memang sangat jauh dari rumahku. Dan aku rasa aku tidak akan dapat bergaul baik dengan sesiapapun kerana mereka semua sangat pintar," katanya. "Aku diterima untuk bermain bola keranjang yang bererti mereka menerimaku dengan markah yang lebih rendah sedikit daripada penuntut biasa. Tapi aku masih perlu markah yang baik untuk memasuki universiti itu, tapi pada pandanganku, terpilih untuk bermain bola keranjang adalah sebab terbesar kenapa aku dapat memasukinya."
Semasa di Hong Kong, Lin telah pergi mengunjungi The Avenue of Stars di Tsim Sha Tsui, dan juga telah melawat "Sports Base" Adidas di bahagian depan pelabuhan Central.
(Diterjemah daripada artikel Christian Today bertajuk, "Jeremy Lin Talks Marriage, Credits Strong Christian Faith For Helping Him In 'Toughest Year' In His Life" penulisan Czarina Ong bertarikh 2 Julai 2015)