Selasa, 11 Ogos 2015

Tahukah Anda... Kristian Adalah Agama Majoriti Di 157 Negara?


Agama Majoriti Mengikut Negara (Tahun 2010)

Kajian Pew Forum menunjukkan bahawa penganut Kristian merupakan majoriti di 157 negara di sekeliling dunia. Muslim adalah majoriti di 49 negara, termasuk 19 daripada 20 negara Timur Tengah dan Afrika Utara. Penduduk tanpa anutan agama menjadi majoriti di 6 negara (dengan China merupakan jumlah populasi terbesar).

Orang Hindu merupakan majoriti di 3 negara (India, Mauritius dan Nepal). Penganut Buddha pula menjadi majoriti di 7 negara iaitu Bhutan, Kemboja, Laos, Mongolia, Myanmar, Sri Lanka dan negara Thai. Orang Yahudi pula merupakan majoriti di sebuah negara sahaja iaitu Israel. Bagi agama-agama lain atau amalan-amalan kepercayaan tempatan (folk religion), tiada yang merupakan majoriti di mana-mana negara di dunia.

Kebanyakan Kristian (87%) tinggal di negara-negara di mana penganut Kristian adalah majoriti. Daripada 232 negara dan wilayah yang termasuk dalam kajian ini, 157 memiliki majoriti Kristian. Bagaimanapun, kebanyakan negara majoriti Kristian memiliki populasi yang kecil secara bandingan: lebih kurang tujuh daripada sepuluh memiliki bilangan Kristian yang kurang daripada negara minoriti Kristian Vietnam (7 juta Kristian).

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel The Pew Forum on Religion & Public Life bertajuk "The Global Religious Landscape" bertarikh 18 Disember 2012)