Rev Dr Hermen Shastri (Foto The Malaysian Insider) |
Sambil menyatakan bahawa ianya adalah suatu "kenyataan yang tidak adil", setiausaha CCM, Rev Dr Hermen Shastri berkata ianya adalah salah untuk mengaitkan orang-orang Kristian dengan orang-orang Yahudi.
"Ianya sangat mengelirukan untuk mengaitkan kami dengan orang-orang Yahudi dan lebih buruk lagi, untuk mendakwa bahawa kami sedang cuba untuk memecah-belahkan orang-orang Melayu atau mana-mana kumpulan," dia mengatakan dalam satu kenyataan.
Hermen berkata kumpulannya menyeru kepada Mahdzir untuk menjelaskan kata-katanya yang menjejaskan dan memecah-belahkan dan "untuk meminta maaf kerana membuat komen yang menyinggung itu."
"Dia tidak harus membuat dakwaan palsu kerana ianya mendatangkan keburukan dan boleh dianggap melemahkan perpaduan nasional,
"Komen-komennya telah menimbulkan banyak kebimbangan orang-orang Kristian dan rakyat Malaysia yang berfikiran adil dan sederhana, terutama lagi dia adalah Menteri Pendidikan yang baru. Dia seharusnya mempromosikan Keharmornian dan Perpaduan Nasional. daripada memburuk-burukkan dan menyebabkan polarisasi di negara kita," katanya.
Pada penghujung minggu lalu, Mahdzir yang juga adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO, telah memberi amaran kepada ahli-ahli parti UMNO agar tidak percaya laporan-laporan di laman Sarawak Report, yang didakwanya memperjuangkan agenda Yahudi dan Kristian dengan tujuan memecah-belahkan orang-orang Melayu.
Dia telah dilaporkan mengatakan ini pada pembukaan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Hulu Langat mengatakan bahawa ini adalah ancaman terbesar yang dihadapi oleh pemimpin-pemimpin negara yang sedang diserang di dalam dan di luar negara.
Sarawak Report telah melaporkan siri pendedahan dakwaan penyalahgunaan dana 1Malaysia Development Board (1MDB) yang memiliki hutang RM42 bilion.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM) telah menyekat laman itu bulan lepas dengan alasan bahawa laporan-laporan itu boleh mengancam kestabilan nasional, sementara polis telah mengeluarkan waran tangkap ke atas penerbitnya Clare Rewcastle Brown, yang pada waktu ini tinggal di Britain.
(Diterjemah daripada artikel The Sun Daily bertajuk, "CCM Wants Mahdzir To Apologise For Blaming Christians" penulisan Bernard Cheah bertarikh 11 Ogos 2015)