Sabtu, 8 Ogos 2015

Viral: Dua Beradik Kembar, Dua Iman, Satu Senyuman


Sekeping foto yang kelihatannya menunjukkan sepasang adik-beradik perempuan kembar seiras di Indonesia, yang seorang memakai hijab tradisional Islam, dan seorang lagi memakai jubah seorang rahib Katolik, telah menjadi viral di ruang Twitter Indonesia. 

Imej itu yang telah dipos pada hari Sabtu (18 Julai 2015) oleh @demityang2an, telah ditweet semula lebih 800 kali:

"Dua saudari kembar ini terlahir dari darah dan rahim yang sama, hidup dengan iman yang berbeda."

Bagaimana sepasang saudari kembar di Indonesia boleh menjadi pengikut setia dua agama yang berbeda adalah soalan yang mengasyikkan yang kemungkinan memiliki jawapan yang menarik. Tetapi apa yang benar-benar hebat mengenai foto ini ialah betapa senang dan selesanya dua saudari kembar itu tersenyum sambil duduk bersebelahan. Ianya seperti satu simbol untuk bentuk pluralisme, kepelbagaian dan toleransi yang Indonesia harus tunjukkan sebagai sebuah negara. 

Kami tidak dapat mencari info lain mengenai dua beradik itu ataupun untuk mengesahkan bahawa foto itu benar (beberapa orang di Twitter telah mengata sinis bahawa ianya dibuat menggunakan Photoshop). Tetapi kami sangat ingin percaya ianya benar, bahawa terdapat sepasang saudari kembar di Indonesia yang telah memilih mengikuti iman yang berbeda tetapi masih berkawan baik. Itulah Indonesia yang kami dukung. 

Update: Seperti wartawan Yenni Kwok mengatakan kepada kita (terima kasih!), @demityang2an sebenarnya telah memberi perkenalan saudari di sebelah kanan sebagai Sister Tarsisiana, ketua panti asuhan Katolik di Merauke, Papua: 


(Diterjemah daripada artikel Coconuts Jakarta bertajuk, "Viral: Twin Sisters, Two Religions, One Smile" bertarikh 20 Julai 2015)