Majlis Gereja-Gereja Sabah (SCC) bersama dengan Komisi Hal Ehwal Sabah (COSA) NECF dan Persekutuan Pastor Sabah (SPF) telah menganjurkan satu perhimpunan doa baru-baru ini sebagai respon kepada undangan Sabah Parks untuk berdoa untuk Gunung Kinabalu, selepas ianya dilanda gempa bumi pada 5 Jun yang telah meragut 18 nyawa dan menyebabkan ramai yang lain kerosakan rumah dan trauma emosi.
Sesi doa dua hari itu pada 10 dan 11 Julai di Dewan Kinabalu merupakan waktu penyerahan dan doa. Ianya juga telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada Sarawak, Semenanjung Malaysia dan Singapura.
Walaupun diberi notis yang singkat, pihak penganjur telah bergerak pantas untuk merancang himpunan doa ini. Surat dan risalah elektronik telah dihantar ke gereja-gereja dan rangkaian-rangkaian. Ramai yang telah respon dengan mengesahkan kedatangan mereka. Pastor Dr. Khoo Kay Hup dan Rev Andy Chi telah mewakili NECF dalam himpunan ini.
Semuanya tiga sesi doa diadakan. Yang pertama pada malam 10 haribulan. Dewan itu penuh dengan orang dengan anggaran kehadiran lebih 900 orang. Di antara para hadirin, ramai yang datang dari kawasan-kawasan yang telah dilanda gempa bumi di sekelilling Gunung Kinabalu. Sambil pujian & penyembahan dimulakan, suatu suasana Hadirat Tuhan yang kuat turun ke atas dewan itu. Ramai orang terjamah hati mereka dan iman dipulihkan. Semasa sesi ini, suatu waktu penyerahan peribadi dilakukan. Satu panggilan untuk kembali kepada Tuhan dan iman juga dilakukan. Berikutan itu, semua pastor yang hadir dijemput ke depan dan menyerah diri dalam doa untuk menerima pengurapan-Nya yang baru. Selepas menerima doa itu, para pastor itu dipanggil berdoa untuk setiap individu yang hadir.
Dua sesi yang berikutnya telah diadakan pada keesokan pagi. Ramai lagi yang datang ke himpunan itu. Kehadiran bertambah ke 1,200 orang! Ini menyebabkan ramai yang terpaksa duduk di luar dewan. Pada sesi yang kedua, masa diambil untuk berdoa bagi Sabah dan negara. Sambil Roh Kudus turun ke atas himpunan itu, ramai yang mula menangis untuk negeri dan negara. Pelbagai orang telah diundang ke depan untuk memimpin dalam doa. Pada penghujung sesi, suatu mezbah telah dibangunkan secara profetik dengan presiden SCC, Rev Datuk Jerry Dusing berdoa dan menyerahkan negara Malaysia kepada Tuhan.
Selepas berehat singkat, sesi terakhir pun bermula. Yang menghadiri terdiri dari Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir, Rev Dusing, timbalan presiden SCC, Biskop Datuk Thomas Tsen, presiden Gereja Methodis Sabah, Rev Dr. Hii Kong-Hock, presiden Protestant Church of Sabah, Rev Jensey Mojuin dan pengerusi-pengerusi SPF, Ps Steven Choon, Ps Cornelius Henry, Ps Daniel Chin dan Ps. Daniel Chong. Juga menghadiri adalah ketua-ketua dan perwakilan-perwakilan dari gereja-gereja Katolik, Anglikan dan Baptis dan Sidang Injil Borneo dan Gereja Basel. Sesi itu bermula dengan peniupan shofar, diikuti dengan tarian Kazdazan. Rev Dusing kemudian memberikan ucapannya diikuti satu siri doa untuk komuniti, negeri dan negara. Akhirnya, Biskop Tsen memimpin doa penutup dan pemberkatan.
Itu adalah kenangan manis sambil kami menyaksikan kesatuan umat Tuhan sambil mereka datang bersama-sama untuk mencari wajah Tuhan dalam doa, pujian dan penyembahan untuk Sabah dan untuk negara.
(Diterjemah daripada artikel Berita NECF Julai-Sept 2015 bertajuk, "Sabahans Take The Initiative To Pray For State And Nation" penulisan Rev Andy Chi)
Gambar dari Facebook Page Perhimpunan Doa Kinabalu |
Itu adalah kenangan manis sambil kami menyaksikan kesatuan umat Tuhan sambil mereka datang bersama-sama untuk mencari wajah Tuhan dalam doa, pujian dan penyembahan untuk Sabah dan untuk negara.
(Diterjemah daripada artikel Berita NECF Julai-Sept 2015 bertajuk, "Sabahans Take The Initiative To Pray For State And Nation" penulisan Rev Andy Chi)