Seorang lelaki Vietnam membaca Alkitab |
Seorang Kristian yang membawa Alkitab melalui Vietnam telah dapat melepasi beberapa sekatan pemeriksaan polis tanpa dihalang dalam apa yang disebut kejadian mukjizat.
Menurut Merv Knight, pengasas bersama Voice of Martyrs Australia (VOM), orang yang tidak disebut namanya itu rasa terpanggil oleh Tuhan untuk membawa Alkitab-alkitab itu ke suatu kawasan terpencil Vietnam, dan satu-satu caranya dia dapat pergi ialah dengan menaiki bas awam. Bas-bas itu melalui beberapa sekatan pemeriksaan polis, dan sesiapa yang didapati membawa Alkitab biasanya dimasukkan ke penjara dan kemungkinan disiksa.
Bagaimanapun, seorang kapten polis dalam seragam duduk bersebelahan orang itu, sambil meletakkan topinya ke atas kotak berisi Alkitab itu. Pegawai itu kemudiannya tertidur sepanjang perjalanan itu, dan oleh kerana topinya, kandungan dalam kotak itu tidak diperiksa.
"Berulangkali dalam sepuluh jam yang seterusnya, melalui sekatan demi sekatan pemeriksaan polis, kapten polis itu terus tidur dan pengawal-pengawal berlalu dengan senyap tanpa memeriksa kotak itu," kata VOM.
Kisah ini telah mendapat perhatian ramai kerana sangat menyerupai kisah-kisah yang dikongsikan oleh Brother Andrew yang terkenal sebagai "God's Smuggler", yang telah mengedarkan Alkitab di negara-negara Komunis semasa Perang Dingin.
(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Christian Today bertajuk, "Vietnam's 'God's Smuggler' Tells Of Amazing Miracle Journey Getting Bibles To Unreached People" penulisan Carey Lodge bertarikh 6 Ogos 2015)