Jumaat, 20 November 2015

Perbicaraan City Harvest: 21 Bulan Hingga 8 Tahun Penjara Untuk Pemimpin-Pemimpin

(Dari kiri ke kanan) Sharon Tan, Chew Eng Han, Kong Hee, Tan Ye Peng, John Lam, Serina Wee

Kong Hee telah dijatuhkan hukuman paling berat lapan tahun penjara sementara Sharon Tan menerima hukuman yang paling ringan 21 bulan.

SINGAPURA: Kesemua enam pemimpin City Harvest Church (CHC) telah dijatuhkan hukuman penjara di antara 21 bulan sehingga lapan tahun pada Jumaat (20 Jun).

Pastor Senior Kong Hee
Pastor Senior, Kong Hee telah dijatuhkan hukuman lapan tahun penjara.

John Lam, bekas setiausaha badan pengurusan gereja, telah dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara.

Sharon Tan, bekas pengurus kewangan, telah dijatuhkan hukuman 21 bulan penjara.

Ahli badan pengurusan, Chew Eng Han, dijatuhkan hukuman enam tahun penjara.

Pastor Senior Tan Ye Peng, telah dijatuhkan hukuman lima tahun dan enam bulan di penjara.

Serina Wee, bekas pengurus kewangan, telah dijatuhkan hukuman lima tahun di penjara.

Ikat jamin untuk keenam-enam telah dilanjutkan, dan permulaan penghukuman mereka telah ditangguh sehingga 11 Januari tahun depan. 

Hakim See Kee Oon, semasa menjatuhkan hukuman, berkata bahawa Kong Hee adalah yang paling bersalah, diikuti oleh Tan Ye Peng, Chew Eng Han, Serina Wee dan John Lam. 

Serina Wee meninggalkan mahkamah bersama suaminya, Kenny Low

Mereka berenam didapati bersalah pada 21 Oktober atas semua tuduhan pecah amanah, dan pemalsuan akaun. Mereka berada di mahkamah pada hari Jumaat untuk penggulungan lisan. 

Pemimpin-pemimpin itu telah menerbitkan pelaburan palsu untuk mendanai Projek Crossover, suatu usaha Gereja untuk menjangkau orang-orang bukan Kristian, dengan melonjakkan isteri Kong Hee, Ho Yeow Sun, sebagai bintang pop.

(Dipetik dan diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Channel News Asia bertajuk, "City Harvest Trial: 21 Months To 8 Years' Jail For Leaders" penulisan Vanessa Paige Chelvan dan Justin Ong bertarikh 20 November 2015)