Ahad, 27 Mac 2016

Selamat Harijadi Sidney!


Selamat Harijadi Sidney Mohede!

Sempena harijadi Sidney pada hari ini (27 Mac 2016), Ronal, seorang kawannya Sidney, dan seorang artis seni pasir (sand art) yang berbakat telah membuat klip video dari kehidupan Sidney. Sidney dan keluarganya yang menonton klip video itu sempat terharu dan menangis melihat kisah hidupnya dipaparkan dalam bentuk seni pasir oleh kawannya. Beginilah dikatakan oleh Sidney (diterjemahkan daripada catitannya di laman Facebook):

"Seorang artis seni pasir yang mengkagumkan @ronalhk telah membuat video kisah hidup saya dengan menggunakan seni pasir yang cantik (dan menggunakan banyak masa) sebagai hadiah harijadi yang mengejutkan bagi saya. Saya menonton video itu bersama keluarga saya dan ianya menggerakkan hati kami sehingga menangis. Anak perempuan kami, Chelsea tiba-tiba menangis apabila dia melihat zaman kanak-kanak saya (dari penceraian ibu bapa saya, sampai berpindah ke Amerika dan menjual suratkhabar sewaktu saya masih kecil). Dia pernah mendengar saya menceritakan kisah saya tetapi apabila ianya dipaparkan dengan begitu mengharukan menerusi seni pasir dari kesenian Ronal yang mengkagumkan, saya juga terharu menontonnya. Sangat berterima kasih Ronal kerana membuat video ini. Anda adalah Artis yang hebat."





Baca kesaksian hidup Sidney Mohede di sini.