Sabtu, 18 Jun 2016

Bagaimanakah Gajah-Gajah Itu Tahu?


Gajah-gajah itu tahu.

Ada orang yang mengatakan bahawa tidak ada Tuhan,
cubalah beritahu kepada gajah-gajah itu....

GAJAH-GAJAH ITU TELAH DATANG UNTUK MEMBERI PENGHORMATAN,
TAPI BAGAIMANAKAH MEREKA TAHU?

Lawrence Anthony, seorang lagenda di Afrika Selatan dan penulis 3 buku termasuk bestseller, "The Elephant Whisperer."

Dia dengan berani menyelamatkan haiwan liar dan terlibat dalam pemuliharaan gajah-gajah di sekeliling dunia daripada keganasan manusia, termasuk misi penyelamatan yang berani haiwan-haiwan di Zoo Baghdad semasa penaklukan Amerika Syarikat. 

Pada 7 Mac 2012, Lawrence Anthony meninggal dunia. Dia dikenang oleh isterinya, 2 anak, 2 cucu, dan banyak gajah. Dua hari selepas kematiannya, gajah-gajah liar itu datang ke rumahnya dipimpin oleh dua ibu gajah yang besar. Kumpulan-kumpulan gajah yang berasingan tiba berduyun-duyun untuk mengucapkan selamat tinggal kepada "kawan-manusia" yang disayangi mereka. Sejumah 31 gajah telah berjalan dengan sabar sejauh 12 batu untuk sampai ke rumah Afrika Selatannya.  

Buku "The Elephant Whisperer"
versi Bahasa Perancis
Sambil menyaksikan peristiwa ini, orang-orang di situ ternyata sekali mengkagumi bukan sahaja kepintaran tinggi dan ketepatan masa yang dirasakan oleh gajah-gajah ini mengenai kematian Lawrence, tetapi juga oleh ingatan dan emosi yang mendalam yang ditunjukkan oleh gajah-gajah itu dalam cara yang begitu teratur: Berjalan perlahan-lahan selama berhari-hari, mengikuti perjalanan yang penuh takzim dalam barisan satu demi satu dari tempat tinggal mereka ke rumahnya. 

Isteri Lawrence, Francoise, terutama sekali sangat tersentuh, dengan pengetahuan bahawa gajah-gajah itu sudah 3 tahun tidak berkunjung ke rumah mereka. Tetapi mereka tahu ke mana mereka ingin pergi. Gajah-gajah itu ternyata sekali ingin memberi penghormatan terakhir, mengenang kawan mereka yang telah menyelamatkan nyawa mereka - begitu besar penghormatan sehingga mereka tinggal di situ selama 2 hari dan 2 malam tanpa memakan apa-apa. Kemudiannya pada suatu pagi, mereka pun pergi, mengambil perjalanan jauh ke tempat tinggal mereka. 

ADA SESUATU DI ALAM SEMESTA YANG LEBIH BESAR
DAN MENDALAM DARIPADA KEPINTARAN MANUSIA.

KEPADA TUHAN KITA PERCAYA.

(Diterjemah oleh SDP daripada catitan Facebook Humanity's Team berjudul "The Elephants Knew" bertarikh 27 Ogos 2013)