Jumaat, 19 Ogos 2016

Pemenang-Pemenang Pingat Malaysia Di Olimpik Rio 2016

Pemenang pingat Malaysia di Olimpik Rio (Foto muka depan New Sunday Times, 21 Ogos 2016)

Dikemaskini 21 Ogos 2016: Olimpik Rio 2016 telah sampai penghujungnya. Malaysia telah memperolehi empat pingat perak dan satu pingat gangsa, pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah penyertaannya di kejohanan Olimpik. Pingat-pingat itu telah diperolehi dari sukan badminton, terjun dan lumba basikal. Berikut ialah pemenang-pemenang pingat Malaysia di Olimpik Rio 2016:


PERAK (BADMINTON) - LEE CHONG WEI



Lee Chong Wei
Lee Chong Wei  telah memenangi perak dalam acara perseorangan lelaki badminton, mengulangi pencapaiannya dalam dua Olimpik yang lepas. Jaguh Malaysia ini telah mengalahkan juara bertahan dari China, Lin Dan 15-21, 21-11, 22-20 dalam separuh akhir sebelum kalah kepada pemain China, Chen Long 21-18, 21-18 dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki.


PERAK (TERJUN) - PANDELELA RINONG & CHEONG JUN HOONG


Cheong Jun Hoon dan Pandelela Rinong
Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong telah memenangi pingat perak pertama untuk sukan terjun melalui acara 10m platform seirama wanita. Mereka telah mendapat 344.34 mata dalam pertandingan akhir di belakang pasangan China, Chen Ruoling - Liu Huixia (354.00 mata). Pasangan Kanada, Meaghan Benfeito - Roseline Filion pula telah mendapat gangsa (336.18 mata).


PERAK (BADMINTON) - Goh V Shem & Tan Wee Kiong

Goh V Shem dan Tan Wee Kiong
Goh V Shem dan Tan Wee Kiong  telah memenangi perak untuk badminton melalui acara beregu lelaki. Pasangan Malaysia ini telah mengalahkan pasangan China, Chai Biao dan Hong Wei 21-18, 12-21, 21-17 dalam separuh akhir, sebelum kalah tipis kepada pasangan China, Zhang Nan dan Fu Haifeng 21-16, 11-21, 21-23 dalam perlawanan akhir beregu lelaki. 


PERAK (BADMINTON) - CHAN PENG SOON & GOH LIU YING

Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying
Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying telah memenangi perak untuk badminton melalui acara beregu campuran. Pasangan Malaysia ini telah mengalahkan pasangan China, Chen Su dan Ma Jin 21-12, 21-19 dalam separuh akhir, sebelum kalah kepada pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir 14-21, 12-21 dalam perlawanan akhir beregu campuran.


GANGSA (LUMBA BASIKAL) - AZIZULHASNI AWANG

Azizulhasni Awang
Azizulhasni Awang mencipta sejarah setelah memenangi pingat pertama Malaysia dalam sukan lumba basikal di Olimpik setelah mendapat gangsa untuk acara keirin. Pelumba yang juga digelar "Pocket Rocket" ini mendapat tempat ketiga di belakang juara bertahan, Jason Kenny dari Britain yang berjaya mempertahankan kejuaraannya dan Matthijs Buchli dari Belanda di tempat kedua.