Khamis, 18 Ogos 2016

Semangat Olimpik: Pelumba Kristian, Abbey D'Agostino Bantu Pesaing Yang Rebah

Pelumba Abbey D'Agostino membantu Nicki Hamblin yang terjatuh semasa perlumbaan 5,000m

Sepasang atlet telah dipuji kerana menjiwai semangat Olimpik yang sejati selepas membantu satu sama lain apabila mereka terjatuh semasa pusingan kelayakan 5000m di Rio pada hari Selasa.

Pelumba New Zealand Nicki Hamblin terjatuh, dan menyebabkan kejatuhan pesaing dari Amerika Syarikat, Abbey D'Agostino.

D'Agostino, seorang Kristian, bangkit semula hampir serta-merta, tetapi daripada meneruskan perlumbaan, berhenti untuk membantu Hamblin bangkit. 

Mereka berdua mula berlari semula, tetapi D'Agostino rebah lagi, kelihatan dalam kesakitan. Respons Hamblin adalah berhenti lariannya dan membantu pesaingnya, dan mereka berdua akhirnya menamatkan perlumbaan masing-masing di tempat ke-29 dan ke-30.


Nicki Hamblin pula membantu Abbey D'Agostino yang terjatuh selepas itu

Pada akhir perlumbaan, kedua-dua mereka berpelukan. 

"Perempuan itu ialah semangat Olimpik di situ," Hamblin berkata mengenai D'Agostino. "Saya rebah dan saya berfikir, 'Apa sedang terjadi? Mengapakah saya di tanah?'

"Kemudian tiba-tiba ada tangan di bahu saya, dan kata-kata, 'Bangun, bangun, kita perlu menghabiskan ini' dan saya pula, "Ya, ya, betul kata kamu. Ini kejohanan Olimpik - kita perlu habiskan ini.'

"Saya tidak pernah bertemu dengan perempuan ini sebelumnya, dan bukankah itu sesuatu yang menakjubkan?"

Hamblin meneruskan, "Tak kira perlumbaannya atau keputusan yang di atas papan, itu adalah detik yang anda tidak akan pernah lupa. Sepanjang hidup saya, ianya adalah perempuan itu menggoyangkan bahu saya, dan berkata, 'Ayuh, bangun'."

Hamblin kemudiannya memberitahu sebuah stesen radio New Zealand, "Apabila saya mengimbas kembali Rio 2016, saya tidak akan ingat kedudukan saya di akhir perlumbaan, saya tidak akan ingat masa larian saya... tetapi saya akan selalu ingat detik itu."

D'Agostino selalu merujuk kepada imannya di Instagram, dan pada tahun lepas menghantar mesej tweet kepada rakan atlet dari Amerka Syarikat, Chanelle Price mengatakan bahawa iman Kristiannya menginspirasikan.


A photo posted by Abbey D'Agostino (@abbey_dags) on


Sebelumnya dia telah memberitahu podcast Running On Om bahawa sebagai seorang pelari yang muda, dia terasa terbeban oleh jangkaan yang diletakkan ke atasnya sebagai seorang atlet yang berjaya.

"Saya terpaksa membuat keputusan ini: mengapakah saya berlari?" katanya. Dia mengambil keputusan "melepaskan jangkaan-jangkaan itu" menjelang satu perlumbaan besar, yang merupakan baginya "satu detik yang penting dan rohani" dalam perjalanan imannya.

"Iman Kristian adalah selalu sebahagian dari hidup saya, tetapi ianya seperti membuat peralihan daripada sesuatu dalam akal saya, dan sesuatu yang saya percaya dalam kepala saya, kepada sesuatu yang saya benar-benar dapat rasakan dalam hati saya, dan saya rasa seperti saya tidak mahu berlari untuk orang lain lagi," katanya.

"Saya ingin berlari untuk sesuatu yang kukuh, dan itulah Tuhan. Sesuatu yang jauh lebih besar dari saya, dan sesuatu di luar penguasaan saya."

Walaupun tidak melayakkan diri, kedua-dua Hamblin dan D'Agostino telah diberi tempat dalam pertandingan akhir 5,000m selepas pasukan-pasukan mereka mengadu.

Bagaimanapun, D'Agostino telah dibawa keluar trek dengan kerusi roda pada hari Selasa itu, dan tidak diketahui samada dia dalam keadaan sihat untuk bertanding.





(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Christian Today bertajuk, "Rio 2016: Christian Abbey D'Agostino Displays 'Ultimate Olympic Spirit' By Helping Competitor Who Fell" yang ditulis oleh Carey Lodge bertarikh 17 Ogos 2016)