Shaunae Miller terjun di garis penamat untuk memenangi emas 400m wanita di Olimpik Rio |
Shaunae Miller memuji Tuhan selepas terjunannya melepasi
garisan penamat untuk memenangi emas 400m wanita dengan perbezaan 0.07 saat.
Atlet Kepulauan Bahamas itu mengatasi dengan tipis juara dunia Allyson
Felix dari Amerika Syarikat pada hujung perlumbaan yang mengujakan. Selepas
mendahului pesaing-pesaing lain sehingga bahagian akhir trek yang lurus, kaki
Miller kelihatan mulai lemah dan Felix kelihatan akan memintasnya.
Tetapi Miller menerjunkan dirinya melepasi garisan untuk
memenangi emas dalam masa 49.44 saat.
Gambar photo finish menunjukkan kemenangan Shaunae Miller di garis penamat |
Selepas perlumbahan itu Miller memberitahu BBC Sport, “Saya
cuma ingin berterima kasih dan memuji Tuhan. Dia telah membawa saya sejauh ini.
“Ini adalah detik penuh emosi bagi saya tetapi saya cuma ingin berikan
kepada Tuhan ucapan terima kasih dan pujian.”
Shaunae Miller mengucap syukur kepada Tuahn selepas kemenangannya |
Mengenai terjunannya ke garisan, Miller, 22 tahun berkata,
“Satu-satunya yang saya fikirkan adalah pingat emas itu dan hal yang
seterusnya saya tahu ialah saya sudah di tanah.
“Itu cuma satu aksi spontan.”
Miller yang merupakan pembawa bendera negaranya untuk upacara pembukaan kejohanan ini, berkata semasa perarakan kemenangannya bahawa
dia “cuma mengingati semua latihan keras yang telah dijalaninya. Tetapi seperti saya
katakan, saya cuma ingin berikan kepada Tuhan segala ucapan terima kasih dan
pujian.
"Saya tidak akan dapat lakukan tanpa-Nya. Saya amat gembira
dan berterima kasih.”
Shaunae Miller memuji Tuhan di atas trek setelah memenangi 400m wanita di Olimpik Rio |
(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Christian Today, "Shaunae Miller On Winning 400m Gold In Rio: 'I Could Not Have Done It Without God'" yang ditulis oleh Harry Farley bertajuk 16 Ogos 2016)