Selasa, 16 Ogos 2016

Wayde van Niekerk Memuliakan Tuhan Selepas Memenangi 400m: "YESUS MELAKUKANNYA"


Juara Olimpik 400m dan pemegang rekod dunia yang baru merayakan pingatnya dengan kata-kata, "Yesus Melakukannya."

Wayde van Niekerk jauh meninggalkan pesaing-pesaingnya dengan masa 43.03 saat, memecahkan rekod 17 tahun Michael Johnson untuk memenangi acara akhir Olimpik yang penuh sensasi pada Ahad malam.

Pemuda Afrika Selatan telah pun diwar-warkan sebagai lagenda masa depan dengan Johnson menggelarkan perlumbaan itu satu "kemenangan dahsyat".

Selepas perlumbaan itu, dia menghantarkan ucapan terima kasihnya melalui mesej tweet dengan kata-kata, "God is power".


Seorang Kristian yang komited, van Niekerk, mengambil masa mengucap syukur kepada Tuhan di atas trek selepas perlumbaan itu. Dia memberitahu BBC Sport, "Saya sudah mengimpikan ini sejak kanak-kanak. 

"Satu-satunya yang saya dapat lakukan sekarang ialah memberi kemuliaan kepada Tuhan. Saya berlutut pada setiap hari dan saya memohon Tuhan untuk menjaga saya dan melindungi saya pada setiap langkah.

"Saya meminta Tuhan membawa saya melalui perlumbaan ini dan saya sangat-sangat diberkati untuk kesempatan ini." 

Sebelum ini, dia telah memberitahu pertubuhan media sukan Passion for Sport, "Saya berterima kasih kepada Tuhan untuk segala yang datang pada saya." Dia berkata, "Saya serahkan setiap perlumbaan dan setiap langkah  yang saya ambil ke dalam tangan-Nya. Saya percaya kepada-Nya dalam setiap pergerakan yang saya lakukan." 

Berkata mengenai kepentingan imannya, dia berkata dia mementingkannya sebab "Tuhanlah yang telah memberkati saya dengan bakat."



Van Niekerk meluru ke hadapan dalam 80 meter yang terakhir untuk mengalahkan juara Olimpik London 2012, Kirani James dari Grenada yang mendapat perak, dan LaShawn Merritt yang mendapat gangsa. 

Walaupun dia telah mengalahkan kedua-dua Kirani dan Merritt di Kejohanan Dunia di Beijing tahun lepas, dia bukan pilihan utama dalam acara akhir ini selepas melayakkan diri dengan masa yang kelima paling pantas. 

Tetapi dia berlari pantas keliling trek Rio untuk meraihkan pingat Olimpiknya yang pertama dan menjadi lelaki yang pertama memenangi 400m Olimpik dari lorong paling luar. 



Johnson yang rekodnya telah kalahkan dengan 0,15 saat, telah membuat perbandingan dengan Usain Bolt, yang kemenangan emasnya dalam 100 meter telah dicapai setengah jam selepas perlumbaan van Niekerk. 

"Van Niekerk begitu muda, apa lagi yang dia dapat lakukan? Bolehkah dia berlari di bawah 43 saat? Itulah saya fikir saya dapat lakukan, tetapi tidak pernah dapat.

"Usain Bolt akan bersara tidak lama lagi, ini mungkin bintang yang akan datang."



Bolt menangguhkan sekejap perayaannya sendiri untuk pergi mengucapkan tahniah kepada van Niekerk. Pelumba Afrika Selatan itu pernah berlatih bersama Bolt dan jurulatihnya di Jamaica.

Mengenai perbandingan yang telah dibuat, van Niekerk mengatakan, "Saya bersyukur dan diberkati kerana dikelilingi begitu ramai ahli-ahli sukan yang hebat dari generasi saya dan saya hanya dapat bersyukur berada di sini hari ini."




(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Christian Today bertajuk, "Wayde van Niekerk Glorifies God After Winning Men's 400m: 'JESUS DID IT'" yang ditulis oleh Harry Farley bertarikh 15 Ogos 2016)