Artis Jepun, Piko-Taro menerima sijil dari Guinness World Records untuk lagu hit PPAP (Pen-Pinepapple-Apple-Pen) lagu terpendek untuk memasuki carta Billboard Hot 100. |
Lagu pendek "Pen-Pineapple-Apple-Pen" (PPAP) yang dinyanyikan oleh artis Jepun Piko-Taro (nama sebenar Daimaou Kosaka) telah menjadi viral sejak diposkan di YouTube pada 25 Ogos 2016.
Lagu itu bertambah viral setelah Justin Bieber memberitahu 89 juta pengikut Twitternya pada 27 September 2016 bahawa PPAP adalah "video kegemarannya di internet," dengan komennya mendapat 65,000 tweet semula dan 120,000 likes.
Menurut The Guardian, video asal YouTube itu telah mendapat 67 juta tontonan di laman itu dan mendapat jumlah 400 juta tontonan online.
Sehari yang lalu, lagu sependek 45 saat itu telah mendapat sijil daripada Guinness World Records untuk lagu terpendek memasuki senarai carta Billboard Hot 100.
Apakah yang telah menyebabkan populariti lagu pendek ini? Adakah kerana rentaknya dan muziknya yang menarik? Atau adakah kerana aksi dan tarian yang mudah dikuti?
Saya juga klik ke link lagunya untuk mengetahui fenomena lagu yang telah menjadi begitu viral sehingga dimainkan dan dikongsi oleh ramai orang termasuk kanak-kanak, anak-anak muda dan juga orang dewasa.
Saya ingin tahu mengapakah lagu yang menggunakan kata-kata seperti pen, epal dan nenas boleh menjadi begitu viral. Ketika saya mendengarnya untuk pertama kali, saya tidak memahami lirik lagu itu yang sepertinya tidak ada makna.
Tapi saya rasa terganggu bila mendengar ucapan "Ugh" yang dinyanyikan semasa aksi penyanyi menunjukkan pen yang dicucukkan kepada epal. Bunyi keluhan itu seperti menggambarkan perlakuan seks. Ditambah lagi aksi mencucuk pen ke dalam epal (dan nenas) juga menunjuk kepada perlakuan yang sama.
Saya membaca satu komen di internet yang mengatakan ramai orang merasakan video ini menggambarkan mengenai hubungan seks. Ada juga yang memberi komen bahawa pen dan epal (dan nenas) merujuk kepada alat kelamin lelaki dan perempuan dalam lagu ini.
Namun begitu, ramai yang mengatakan bahawa mereka tidak tahu tahu apakah erti di sebalik pen, epal dan nenas yang dinyanyikan itu. Ramai pula yang mengatakan bahawa lagu itu hanyalah untuk suka-suka dan tidak mempunyai apa-apa erti.
Berikut adalah laporan CBC News mengenai apa yang dikatakan oleh Piko-Taro, penyanyi lagu itu:
Jadi, apakah pandangan anda mengenai lagu Pen-Pineapple-Apple-Pen ini?

"Sebenarnya ada tema semasa saya menyanyi," dia berkata sambil menyatakan mengenai keamanan dunia dan kasih keluarga dan kawan-kawan.
"Dan seterusnya, untuk membuktikan kewujudan bahan gelap (dark matter)," tambahnya sambil disambut gelak tawa,
"Saya rasa semua tema-tema ini difahami dengan baik oleh semua orang yang meniru saya (menyanyi lagu ini)."
Jadi, apakah pandangan anda mengenai lagu Pen-Pineapple-Apple-Pen ini?