Setelah mendapat berjuta-juta untuk bertinju dengan Floyd Mayweather, peninju dan ahli politik itu menggunakan sebahagian daripada pendapatannya untuk membina rumah-rumah untuk 1,000 keluarga miskin di kota asalnya. Manny Pacquiao adalah lebih daripada seorang atlet bertaraf antarabangsa dan ahli politik Filipina. Dia adalah seorang aktivis yang memiliki belas kasihan yang telah membayar untuk membina 1,000 rumah untuk membantu keluarga-keluarga kurang mampu di kota asalnya.
Awal tahun ini, Pacquiao mengumumkan perbuatan baiknya di Facebook, "Saya sangat gembira memberikan rumah-rumah ini secara percuma kepada penduduk-penduduk kawasan saya di Wilayah Sarangani dari kocek saya sendiri, lebih dari seribu keluarga akan menjadi penerimanya."
The Star melaporkan bahawa orang "Kristian yang telah lahir baru" itu telah diinspirasikan untuk membantu keluarga-keluarga miskin selepas bertarung dengan Floyd Mayweather. Walauun dia telah kalah dalam perlawanan tinju itu, dia masih telah memperolehi berjuta-juta dolar dalam "pertarungan kurun ini" dan merasakan bahawa adalah tanggungjawabnya untuk menyumbang kembali.
"Pertarungan kurun ini" - Manny Pacquiao dan Floyd Mayweather |
Dia menulis:
"Sebagai pengatur setia rahmat Tuhan dalam pelbagai bentuk, setiap kita harus menggunakan apa pun kurnia yang kita telah terima untuk melayani orang lain. Saya akan membina lebih banyak lagi sebab saya selalu percaya apa yang Alkitab katakan untuk menunjukkan kemurahan hati satu dengan yang lain tanpa bersungut-sungut."
(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Why Don't You Try This? bertajuk "World Boxing Champion Builds 1,000 Homes For Poor People" bertarikh 25 Oktober 2016)