Isnin, 7 November 2016

Matt Redman Mengubah Times Square Menjadi Lapangan Penyembahan Dengan "10,000 Reasons"



Tontonlah Matt Redman menyanyikan lagu penyembahan popularnya, "10,000 Reasons" secara langsung di Times Square, New York dalam video yang berikut.

Iklan-iklan terus berkerlipan di latar belakang, mempromosikan pelbagai produk dan perkhidmatan, sementara Matt dan band muziknya menyanyi pujian kepada Tuhan. 

Sungguh mengharukan menonton begitu ramai orang mengangkat tangan dalam penyembahan, manakala kamera beralih kepada orang-orang lain yang kelihatan seperti mereka tidak pernah melihat sekumpulan orang menyembah Tuhan di tempat yang begitu awam. 

Video ini memberi kita gambaran sejenak yang indah apakah keadaannya apabila kita menyembah Tuhan di tengah-tengah budaya yang sekular.



(Diterjemahkan daripada artikel Church Leaders bertajuk, "Matt Redman Turns Times Square Into A Worship Room With 10,000 Reasons")