Oleh Bill Hybels:
Seorang eksekutif pengiklanan datang bercakap dengan saya selepas kebaktian, dan dia baru saja menjadi Kristian, saya telah membaptisnya di gereja, dan dia berkata, "Saya tidak dapat mencari masa untuk pertemuan dengan Tuhan. Kamu tidak tahu bagaimana keadaannya menaiki pengangkutan awam ke pusat bandar setiap hari, kamu hidup dalam keadaan yang berbeza. Saya tidak dapat memuatkan perkara ini dalam hidup saya."
Dan saya melihat anak muda ini, yang sangat gigih dan berkata kepadanya, "Inilah pengalaman saya, dan saya bukan lagi seperti berusia 24 tahun... inilah dia... Saya sentiasa dapat mencari waktu untuk perkara-perkara yang saya anggap penting. Itulah cara hidup saya. Jika saya menganggap sesuatu itu penting, saya akan mencari masa untuk mengalaminya. Jika saya tidak menganggapnya penting, saya tidak akan lakukan. Saya berikan masa untuk pertemuan dengan Tuhan dalam hidup saya, kamu boleh melakukannya dengan apa pun cara yang kamu mahu."
Anak muda itu tidak begitu senang dengan saya pada hari itu, saya fikir tidak, dan saya tidak melihatnya untuk beberapa waktu, dan kemudiannya saya bertemu dengannya berbulan-bulan kemudian, dan bila dia datang untuk bercakap dengan saya, wajahnya berbeza. Saya dapat rasakan dia berbeza, perbualannya pun berbeza. Dia dan isterinya mengundang saya dan Lynn ke rumah mereka untuk makan malam. Kami terima pelawaan itu, mereka tinggal di kawasan yang sama dengan kami.
Kami pergi ke rumah mereka dan sambil kami makan sedikit makanan ringan, dia membawa saya ke sebuah kerusi goyang. Dan dia berkata, "Kamu telah bagi saya cabaran untuk mengadakan pertemuan dengan Tuhan, dan untuk mencari waktu untuknya." Dan dia berkata lagi, "Saya suka kerusi goyang, oleh itu saya telah belikan satu kerusi yang bagus. Dan kamu telah katakan bahawa jika saya ingin menjadikan ini sesuatu yang dapat diulang-ulang dan dinikmati, saya harus melihat satu pemandangan yang saya suka. Saya ada halaman di belakang rumah, dan saya suka melihat halaman di belakang rumah. Saya telah beli kerusi ini dan saya letakkannya di jendela kegemaran saya di mana saya boleh melihat ke halaman belakang rumah."
Dan dia berkata, "Saya bangun 15-20 minit atau setengah jam lebih awal setiap hari selama beberapa bulan lepas. Saya duduk di kerusi, saya minum secawan kopi, saya membaca Firman Tuhan. Saya cuba memahaminya. Saya mohon agar Tuhan berbicara kepada saya melalui Firman-Nya. Kemudian saya merenungkannya dan menerapkannya dalam hidup saya. Dan saya menulis beberapa cetusan idea mengenainya dalam sebuah jurnal dan berdoa. Saya berdoa agar saya lebih menyedari hadirat-Nya dalam hidup saya."
Dan saya bertanya, "Bagaimanakah kesannya bagi kamu?" Dan isterinya mencelah dan berkata, "Saya akan beritahu kamu apakah kesannya bagi dia. Dia menjadi lelaki yang sungguh berubah. Apa yang berlaku kepadanya sewaktu dia duduk di atas kerusi itu, telah mengubah hidupnya. Dia lebih seimbang, dia menjadi lelaki yang lebih mengasihi dan lemah-lembut, dalam perkahwinan kami dan terhadap anak-anak."
Saya sangat terkagum dengan ini, bahawa dia dapat menunjukkan kepada saya kerusinya, bahawa dia telah mengambil masa, membina pertemuan dengan Tuhan, sesuatu yang dinanti-nantikannya. Sebab dia suka kerusinya, dia suka pemandangannya, dia suka kopinya. Dia seorang yang suka bangun pagi, dan dia telah membentuk kebiasaan ini.
Berbulan-bulan kemudian, saya minum kopi dengannya pada suatu hari, dan dia berkata, "Saya sedang berfikir untuk meninggalkan pekerjaan saya dalam pengiklanan. Saya fikir saya sudah cukup dengan itu."
Saya bertanya, "Dari mana kamu dapat idea seperti ini?"
Dia menjawab, "Ya, dari pertemuan saya dengan Tuhan di atas kerusi ini. Dia telah meletakkan fikiran ini dalam kepala saya."
Saya tanya, "Apakah yang kamu ingin lakukan?
Dan dia berkata, "Mungkin saya akan bantu kamu membina gereja ini."
Saya berkata pula, "Tiada sesiapa yang mendapat apa-apa membantu di sini, kamu tahukan?"
Dia menjawab, "Ya, saya telah mendapat pendapatan yang cukup baik melalui pengiklanan, dan saya boleh berhenti kerja sementara, mungkin bila gereja sudah bertumbuh, mereka boleh membantu saya dan keluarga saya dalam sesuatu cara."
Saya berkata, "Lebih baik kamu balik ke kerusi itu, dan lihat samada itulah yang Tuhan inginkan, sebab saya tidak ingin bertanggungjawab untuk hidup kamu dan semuanya."
Dan dia menjawab, "Ya, ok, saya akan lakukan itu." Dia kembali lagi selepas lebih kurang sebulan kemudian dan dia berkata, "Saya telah memberi notis berhenti kerja, dan jika ianya tiada masalah bagi kamu, saya akan membantu kamu membina gereja di sini. Bayar saya apa yang anda dapat, tetapi itu bukan perkara yang saya risaukan."
Orang ini menyertai staf kami, dan dia seorang individu yang bekerja keras, bersemangat, penuh sukacita dan berusaha kuat, yang benar-benar membantu gereja kami, dan menjadi anggota staf kami untuk bertahun-tahun. Salah satu anggota staf yang terbaik dalam tahun-tahun permulaan gereja ini.
Kemudian pada suatu hari, dia memasuki pejabat saya dan berkata, "Kamu tahu, saya masih mengadakan pertemuan dengan Tuhan di atas kerusi itu, kerusi goyang itu. Dan Tuhan sedang menggerakkan hati saya dalam pertemuan saya dengan Tuhan. Seorang kawan saya sedang memulakan sebuah gereja baru di Colorado, dan saya fikir saya akan berpindah dengan keluarga saya ke Colorado."
Dan saya bertanya, "Dapatkah mereka menyara kehidupan kamu?"
Dia menjawab, "Tidak, saya akan perlu kembali bekerja dalam sektor swasta untuk mendapat upah, sebab mereka tidak mampu membayar apa-apa."
Saya bertanya kepadanya, "Adakah kamu bersedia melakukan itu?"
Dia menjawab, "Setiap pagi saya bercakap dengan Tuhan mengenai ini. Dan saya sungguh bersemangat mengenai ini."
Kami mengucapkan selamat tinggal kepadanya ketika dia dan keluarganya berpindah. dan dia kembali bekerja dalam pengiklanan dan mendapat banyak wang dan memberikan sebahagian besarnya kepada gereja perintisan baru itu. Dan gereja itu menjadi gereja yang hebat.
Pada suatu hari, sambil dia duduk di kerusi yang sama yang telah dibawanya ke Colorado, di sebelah jendela pada sebelah pagi, yang telah dilakukannya selama bertahun-tahun sekarang, dia memikirkan mengenai satu laporan perubatan yang buruk yang telah diterimanya, bahawa dia telah mengidap kanser. Tetapi dia terus bekerja, dan dia terus menyumbang kepada gereja itu, dan dia menjadi semakin dan semakin sakit, ianya adalah jenis kanser yang merebak dengan cepat. Dan dia dimasukkan ke hospital. Salah satu kehilangan terbesar yang dia rasakan ketika dia di hospital adalah dia tidak ada kerusinya bersamanya. Dan dia meninggal dunia.
Sejurus dari itu, saya telah menjalankan pengkebumiannya di`Colorado. Saya bercakap dengan isterinya selepas pengkebumian itu, "Memang ada sesuatu mengenai kerusi itu, bukan?
Balunya menjawab, "Seluruh hidupnya telah berubah di atas kerusi itu."
Saya bertanya, "Apakah yang kamu akan lakukan dengan kerusi itu?"
Dia berkata, "Kami akan perturunkan kerusi itu kepada anak-anak kami, dan kepada cucu-cucu kami, dengan harapan ada orang yang akan duduk di atasnya seperti yang telah dilakukan oleh Tom, dan juga mengalami transformasi dalam hidup mereka."
Beberapa soalan ringkas: Di manakah kerusi anda? Di manakah anda bertemu dengan Tuhan? Di manakah anda memikirkan mengenai Firman-Nya dan membukakan dirimu kepada kuasa-Nya? Di manakah anda merasakan hadirat-Nya dalam hidup anda? Di manakah tempatnya?
Mungkin ada di antara anda yang akan berkata, "Saya tidak ada halaman belakang yang indah untuk dilihat, ianya tidak sesuai untuk saya." Yang menarik mengenai hadirat Tuhan yang tidak terbatas itu, anda boleh bertemu dengan-Nya di mana-mana, kerusi anda boleh di mana-mana."
Ketika saya dan Lynn mula mengambil kursus kami semasa cuti musim panas di South Haven, sebuah bandar kecil di sebelah sana, kami menyewa sebuah rumah kecil berbilik tidur tunggal di musim panas, dan ianya sentiasa penuh gangguan dengan dua kanak-kanak dalam rumah kecil itu. Jadi saya selalu tinggalkan rumah dan pergi ke Burger King pada waktu pagi untuk 30, 40, 45 minit kadang-kadang sejam. Meja pertama di sebelah kanan selepas saya masuk restoran itu, di Main Street di South Haven. Saya melakukan amalan kecil itu untuk selama 9 tahun. Di meja fiber-glass di Burger King. Saya telah membuat sebahagian keputusan-keputusan terpenting pelayanan dan peribadi dalam kehidupan saya di situ. Meja fibre-glass di Burger King. Sehingga hari ini, apabila saya memandu berdekatan Burger King itu, saya melihatnya dan berkata, "Wow, Tuhan telah bertemu dengan saya di situ."
Ada seorang tukang kayu di gereja ini yang bertemu dengan Tuhan setiap pagi di kerusi depan lorinya, dia membawa sebotol kopi dan Alkitabnya. Setengah jam sebelum pembinaan bermula, dia duduk di kerusi depan lorinya, menerima Firman Tuhan, bertemu dengan Tuhan, menyerahkan dirinya kepada Tuhan, memohon bimbingan dalam hidupnya.
Seorang pemuda yang saya kenal akan pergi ke Starbucks bila dia dapat, ke meja penjuru, bertemu dengan Tuhan. Di manakah kerusi anda? Apabila anda bertemu dengan seorang kawan, misalnya untuk makan tengahari, apa yang terjadi ialah jika anda berhubung dengannya, selepas anda meninggalkan restoran itu, atau di mana pun tempat itu, anda akan memikirkan mengenai kawan itu kemudiannya pada petang itu. Apabila anda bertemu dengan Tuhan, anda akan lebih memikirkan mengenai-Nya dalam perjalanan seharian. Kehadirannya dirasakan lagi selepas pertemuan itu. Di manakah kerusi anda?
(Diterjemahkan oleh SDP daripada video Student Impact bertajuk "Bill Hybels - Coffee With God" bertarikh 4 Ogos 2010)
Dan saya melihat anak muda ini, yang sangat gigih dan berkata kepadanya, "Inilah pengalaman saya, dan saya bukan lagi seperti berusia 24 tahun... inilah dia... Saya sentiasa dapat mencari waktu untuk perkara-perkara yang saya anggap penting. Itulah cara hidup saya. Jika saya menganggap sesuatu itu penting, saya akan mencari masa untuk mengalaminya. Jika saya tidak menganggapnya penting, saya tidak akan lakukan. Saya berikan masa untuk pertemuan dengan Tuhan dalam hidup saya, kamu boleh melakukannya dengan apa pun cara yang kamu mahu."
Anak muda itu tidak begitu senang dengan saya pada hari itu, saya fikir tidak, dan saya tidak melihatnya untuk beberapa waktu, dan kemudiannya saya bertemu dengannya berbulan-bulan kemudian, dan bila dia datang untuk bercakap dengan saya, wajahnya berbeza. Saya dapat rasakan dia berbeza, perbualannya pun berbeza. Dia dan isterinya mengundang saya dan Lynn ke rumah mereka untuk makan malam. Kami terima pelawaan itu, mereka tinggal di kawasan yang sama dengan kami.
Bill Hybels dengan kerusi goyang |
Dan dia berkata, "Saya bangun 15-20 minit atau setengah jam lebih awal setiap hari selama beberapa bulan lepas. Saya duduk di kerusi, saya minum secawan kopi, saya membaca Firman Tuhan. Saya cuba memahaminya. Saya mohon agar Tuhan berbicara kepada saya melalui Firman-Nya. Kemudian saya merenungkannya dan menerapkannya dalam hidup saya. Dan saya menulis beberapa cetusan idea mengenainya dalam sebuah jurnal dan berdoa. Saya berdoa agar saya lebih menyedari hadirat-Nya dalam hidup saya."
Dan saya bertanya, "Bagaimanakah kesannya bagi kamu?" Dan isterinya mencelah dan berkata, "Saya akan beritahu kamu apakah kesannya bagi dia. Dia menjadi lelaki yang sungguh berubah. Apa yang berlaku kepadanya sewaktu dia duduk di atas kerusi itu, telah mengubah hidupnya. Dia lebih seimbang, dia menjadi lelaki yang lebih mengasihi dan lemah-lembut, dalam perkahwinan kami dan terhadap anak-anak."
"Dia menjadi lelaki yang sungguh berubah. Apa yang berlaku kepadanya sewaktu dia duduk di atas kerusi itu, telah mengubah hidupnya."
Saya sangat terkagum dengan ini, bahawa dia dapat menunjukkan kepada saya kerusinya, bahawa dia telah mengambil masa, membina pertemuan dengan Tuhan, sesuatu yang dinanti-nantikannya. Sebab dia suka kerusinya, dia suka pemandangannya, dia suka kopinya. Dia seorang yang suka bangun pagi, dan dia telah membentuk kebiasaan ini.
Berbulan-bulan kemudian, saya minum kopi dengannya pada suatu hari, dan dia berkata, "Saya sedang berfikir untuk meninggalkan pekerjaan saya dalam pengiklanan. Saya fikir saya sudah cukup dengan itu."
Saya bertanya, "Dari mana kamu dapat idea seperti ini?"
Dia menjawab, "Ya, dari pertemuan saya dengan Tuhan di atas kerusi ini. Dia telah meletakkan fikiran ini dalam kepala saya."
Saya tanya, "Apakah yang kamu ingin lakukan?
Dan dia berkata, "Mungkin saya akan bantu kamu membina gereja ini."
Saya berkata pula, "Tiada sesiapa yang mendapat apa-apa membantu di sini, kamu tahukan?"
Dia menjawab, "Ya, saya telah mendapat pendapatan yang cukup baik melalui pengiklanan, dan saya boleh berhenti kerja sementara, mungkin bila gereja sudah bertumbuh, mereka boleh membantu saya dan keluarga saya dalam sesuatu cara."
Bill Hybels, Senior Pastor Gereja Willow Creek |
Orang ini menyertai staf kami, dan dia seorang individu yang bekerja keras, bersemangat, penuh sukacita dan berusaha kuat, yang benar-benar membantu gereja kami, dan menjadi anggota staf kami untuk bertahun-tahun. Salah satu anggota staf yang terbaik dalam tahun-tahun permulaan gereja ini.
Kemudian pada suatu hari, dia memasuki pejabat saya dan berkata, "Kamu tahu, saya masih mengadakan pertemuan dengan Tuhan di atas kerusi itu, kerusi goyang itu. Dan Tuhan sedang menggerakkan hati saya dalam pertemuan saya dengan Tuhan. Seorang kawan saya sedang memulakan sebuah gereja baru di Colorado, dan saya fikir saya akan berpindah dengan keluarga saya ke Colorado."
Dan saya bertanya, "Dapatkah mereka menyara kehidupan kamu?"
Dia menjawab, "Tidak, saya akan perlu kembali bekerja dalam sektor swasta untuk mendapat upah, sebab mereka tidak mampu membayar apa-apa."
Saya bertanya kepadanya, "Adakah kamu bersedia melakukan itu?"
Dia menjawab, "Setiap pagi saya bercakap dengan Tuhan mengenai ini. Dan saya sungguh bersemangat mengenai ini."
Kami mengucapkan selamat tinggal kepadanya ketika dia dan keluarganya berpindah. dan dia kembali bekerja dalam pengiklanan dan mendapat banyak wang dan memberikan sebahagian besarnya kepada gereja perintisan baru itu. Dan gereja itu menjadi gereja yang hebat.
Sejurus dari itu, saya telah menjalankan pengkebumiannya di`Colorado. Saya bercakap dengan isterinya selepas pengkebumian itu, "Memang ada sesuatu mengenai kerusi itu, bukan?
Balunya menjawab, "Seluruh hidupnya telah berubah di atas kerusi itu."
Saya bertanya, "Apakah yang kamu akan lakukan dengan kerusi itu?"
Dia berkata, "Kami akan perturunkan kerusi itu kepada anak-anak kami, dan kepada cucu-cucu kami, dengan harapan ada orang yang akan duduk di atasnya seperti yang telah dilakukan oleh Tom, dan juga mengalami transformasi dalam hidup mereka."
"Kami akan perturunkan kerusi itu kepada anak-anak kami, dan kepada cucu-cucu kami, dengan harapan ada orang yang akan duduk di atasnya seperti yang telah dilakukan oleh Tom, dan juga mengalami transformasi dalam hidup mereka."
Beberapa soalan ringkas: Di manakah kerusi anda? Di manakah anda bertemu dengan Tuhan? Di manakah anda memikirkan mengenai Firman-Nya dan membukakan dirimu kepada kuasa-Nya? Di manakah anda merasakan hadirat-Nya dalam hidup anda? Di manakah tempatnya?
Mungkin ada di antara anda yang akan berkata, "Saya tidak ada halaman belakang yang indah untuk dilihat, ianya tidak sesuai untuk saya." Yang menarik mengenai hadirat Tuhan yang tidak terbatas itu, anda boleh bertemu dengan-Nya di mana-mana, kerusi anda boleh di mana-mana."
Ketika saya dan Lynn mula mengambil kursus kami semasa cuti musim panas di South Haven, sebuah bandar kecil di sebelah sana, kami menyewa sebuah rumah kecil berbilik tidur tunggal di musim panas, dan ianya sentiasa penuh gangguan dengan dua kanak-kanak dalam rumah kecil itu. Jadi saya selalu tinggalkan rumah dan pergi ke Burger King pada waktu pagi untuk 30, 40, 45 minit kadang-kadang sejam. Meja pertama di sebelah kanan selepas saya masuk restoran itu, di Main Street di South Haven. Saya melakukan amalan kecil itu untuk selama 9 tahun. Di meja fiber-glass di Burger King. Saya telah membuat sebahagian keputusan-keputusan terpenting pelayanan dan peribadi dalam kehidupan saya di situ. Meja fibre-glass di Burger King. Sehingga hari ini, apabila saya memandu berdekatan Burger King itu, saya melihatnya dan berkata, "Wow, Tuhan telah bertemu dengan saya di situ."
Ada seorang tukang kayu di gereja ini yang bertemu dengan Tuhan setiap pagi di kerusi depan lorinya, dia membawa sebotol kopi dan Alkitabnya. Setengah jam sebelum pembinaan bermula, dia duduk di kerusi depan lorinya, menerima Firman Tuhan, bertemu dengan Tuhan, menyerahkan dirinya kepada Tuhan, memohon bimbingan dalam hidupnya.
Seorang pemuda yang saya kenal akan pergi ke Starbucks bila dia dapat, ke meja penjuru, bertemu dengan Tuhan. Di manakah kerusi anda? Apabila anda bertemu dengan seorang kawan, misalnya untuk makan tengahari, apa yang terjadi ialah jika anda berhubung dengannya, selepas anda meninggalkan restoran itu, atau di mana pun tempat itu, anda akan memikirkan mengenai kawan itu kemudiannya pada petang itu. Apabila anda bertemu dengan Tuhan, anda akan lebih memikirkan mengenai-Nya dalam perjalanan seharian. Kehadirannya dirasakan lagi selepas pertemuan itu. Di manakah kerusi anda?
"Di manakah kerusi anda? Di manakah anda bertemu dengan Tuhan? Di manakah anda memikirkan mengenai Firman-Nya... Di manakah anda merasakan hadirat-Nya dalam hidup anda?"