Isnin, 2 Januari 2017

Alkitab Versi Borneo (AVB) Kini Disediakan Dalam Laman Web!

Alkitab Versi Borneo merupakan terjemahan Alkitab yang penting dari segi sejarah, sebagai terjemahan formal yang pertama dalam Bahasa Malaysia. AVB kini tersedia dalam laman web - alkitabversiborneo.org .

Laman web ini juga berharap merintis jalan menyediakan sumber Alkitabiah dalam Bahasa Malaysia berasaskan teks AVB.

Presiden Trinity Annual Conference, Gereja Methodist Malaysia, Rev. T. Jeyakumar, berkata:

“Saya sering memberitahu ramai orang, bahawa banyak terjemahan lain menerangkan fikiran, tetapi AVB berbicara kepada hati.”

AVB benar-benar suatu ‘hadiah’ kepada jemaah berbahasa Malaysia. Bacalah tentang kisah menarik mengenai Projek AVB dalam http://alkitabversiborneo.org/about-us/tentang-alkitab-versi-borneo/.