Rabu, 3 Mei 2017

Jom Sertai Kempen "Pembacaan Alkitab Setahun" Anjuran NECF

National Evangelical Christian Fellowship (NECF) telah memulakan kempen "Pembacaan Alkitab Setahun" yang akan berjalan selama tiga tahun dari 1 April 2017 - 1 April 2019. 

Sempena itu, NECF juga telah menerbitkan Panduan Membaca Alkitab untuk membantu orang-orang Kristian membaca keseluruhan Alkitab dalam setahun. Panduan itu boleh dibeli dari pejabat NECF pada RM1 untuk lima naskah. Ianya juga boleh diperolehi dalam bentuk PDF (klik di sini).

Berikut adalah sampel daripada buku panduan itu:




Kempen ini akan berjalan sepanjang 3 tahun (dari 1 April 2017 ke 1 April 2019), tapi kita boleh memulakan pembacaan keseluruhan Alkitab dalam setahun pada bila-bila masa samada secara peribadi atau secara berkelompok. 

Sekali lagi, jangan lupa muat turun Panduan Membaca Alkitab yang menarik ini dan mulakan perjalanan pembacaan anda! 

Tontonlah juga video NECF sempena kempen ini:


(Sumber: Buletin NECF bertajuk, "NECF's Read Through The Bible Campaign")