Jumaat, 14 Julai 2017

Lelaki Sabah Mohon Ke Mahkamah Untuk Menubuhkan Stesen Radio Kristian Sabah Dan Sarawak

Ronnie Vun dari Sabah sedang memohon semakan kehakiman untuk
mengizinkan stesen radio Kristian di Sabah dan Sarawak

KOTA KINABALU:, 14 Julai - Pelabur hartanah kelahiran Sabah, Ronnie Vun Yun Heu sedang memohon perintah mahkamah untuk kebenaran menubuhkan sebuah stesen radio untuk Sabah dan Sarawak. 

Lelaki berusia 55 tahun berbangsa kacukan Dusun dan Cina dari Kota Belud telah menfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mengarahkan pengarah Kementrian Komunikasi dan Multimedia untuk mempertimbangkan dan meluluskan permohonannya untuk lesen menjalankan radio Kristian itu untuk dua negeri itu. 

Menurut dokumen-dokumen yang disediakan oleh peguamnya Marcel Jude Joseph, Vun telah sebelum ini memohon kepada kementrian persekutuan dan juga pernah menulis kepada menteri berkenaan, Datuk Seri Salleh Said Keruak - yang juga berasal dari Sabah - secara peribadi, tetapi tidak dipedulikan dan permohonannya tidak dijawab. 

"Mereka tidak memberi perhatian kepada permohonannya dan dia tidak dapat tunggu selamanya. Kelambatan itu boleh dianggap penafian," Marcel memberitahu Malay Mail Online ketika dihubungi hari ini.

Permohonan semakan kehakiman itu telah difailkan secara online semalam.

Dalam kenyataan sokongan mahkamahnya, Vun - yang mempunyai latarbelakang kejuruteraan kayu dan perhutanan - berkata itu adalah haknya untuk kebebasan bersuara, berucap dan beragama yang menyebabkannya untuk membawa permohonannya sehingga ke mahkamah. 

Vun, seorang Kristian, berkata dia sedang mengusahakan projek radionya melalui kenalannya dari Amerika Syarikat. 

"Ianya bukan projek yang boleh diambil ringan oleh kerana jumlah pelaburan dan kerja-kerja mobilisasi dan pemasangan. Sekali anda memulakan projek ini, anda tidak dapat berpatah balik dan kegagalan boleh melibatkan kos yang tinggi, meninggalkan orang itu dengan  peralatan dan hardware teknologi yang tidak dapat digunakan," dia menyatakan dalam dokumennya.

Dia mendakwa bahawa keinginannya untuk menubuhkan stesen radio itu adalah untuk membantu "masalah-masalah sosial dalam dunia yang binasa disebabkan individu-individu yang sakit secara rohani dan psikologi" dan berharap untuk menjangkau "jiwa-jiwa yang sesat" menerusi pendidikan dan doa. 

Juga dalam kenyataannya, Vun menyebut dua radio Kristian yang berpusat di Amerika Syarikat, 89.3 FM KSBj dan 105.7 FM KHCB sebagai contoh untuk stesen yang diusulkannya yang akan mengfokus kepada radio semua umur atau muda-mudi yang akan memuatkan hiburan fakta masa kini dan rangkaian perbincangan keluarga mengenai isu-isu perhubungan bersama ramai penceramah Kristian yang terkenal. 

"Saya percaya media radio dan TV seperti ini yang memaparkan informasi dan hiburan positif dapat memainkan peranan penting untuk membangun rakyat sihat yang hidup dalam dunia dengan masyarakat pelbagai budaya seperti Malaysia yang kosmopolitan."

Ketika dihubungi, Vun berkata bahawa Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kebebasan beragama dan Artikel 3 memperuntukkan bahawa Islam adalah agama rasmi negara tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni.

"Pada masa kini, kita ada radio-radio stesen Islam yang menyampaikan pengajaran, doa Azan, dan bimbingan hal-ehwal rohani kepada orang-orang Muslim. Saya percaya ianya penting untuk mereka menyampaikan pendidikan iman dan amalan baik Muslim di kalangan orang-orang Muslim. Dengan cara yang sama, orang-orang Kristian Sabah merupakan 25 peratus daripada para pengundi.

"Oleh itu, Stesen Radio Kristian akan didukung oleh derma dari anggota-anggota Kristian. Kami juga mahu mengajar, berdoa dan membimbing umat Kristian kami dalam kehidupan. Keduanya, radio stesen itu akan menyatukan pelbagai gereja melalui pengumuman aktiviti-aktiviti dan acara-acara supaya anggota-anggota Kristian dapat lebih dimaklumkan," dia memberitahu Malay Mail Online, sambil menambah bahawa stesen radio itu akan bersifat pelbagai bahasa. 

(Diterjemah daripada artikel Malay Mail Online bertajuk, "Sabahan Goes To Court In Bid To Start Christian Radio Station" yang ditulis oleh Julia Chan bertarikh 14 Julai 2017)