Semakan kehakiman yang dimohon oleh Ronnie Vun, seorang lelaki Sabah untuk perintah mahkamah untuk memulakan sebuah stesen radio Kristian di Sabah dan Sarawak telah ditangguhkan lagi ke 7 September. Berikut adalah catitan Facebook oleh Ronnie awal pagi tadi:
"Difail dlm Mahkamah pada 13hb Julai telah dijadual pada
28hb, tetapi ditunda ke 8hb Ogos, dan lagi ke 21hb. Kini ditundakan ke 7hb
September dengan YB Menteri SKMM Salleh disaman datang bersama Pengarah2 nya.
Ni Kali lah Saudara-saudari. Sila berdoa tidak putus2 (1 Tesalonika 5:17 Pray
without ceasing). Amin."