Rabu, 16 Ogos 2017

Lelaki Melebihi Perempuan Seramai 1.1 Juta Di Malaysia (2016)


KUALA LUMPUR: Nisbah jantina dijangka bertambah pada tahun ini dengan 107 lelaki kepada setiap 100 perempuan, menurut Jabatan Perangkaan, lebih tinggi daripada purata dunia pada 101.8. 

Jabatan Perangkaan berkata dalam satu laporan yang dikeluarkan semalam bahawa akan ada anggaran 16.4 juta lelaki dan 15.3 juta perempuan pada 2016, dengan jumlah anggaran 31.7 juta penduduk.

Nisbah jantina Malaysia semakin bertambah sejak berdekad-dekad lalu dari 101 pada 1980. ke 103 pada 1991, 104 pada 2000 dan 106 pada 2010.

Akhbar Amerika Syarikat, The Washington Post meleporkan Ogos lepas bahawa menurut anggaran Bangsa-Bangsa Bersatu 2015, terdapat 101.8 lelaki kepada setiap 100 perempuan di sekeliling dunia.

Laporan itu menyatakan bahawa majoriti negara-negara mempunyai lebih perempuan daripada lelaki, tetapi negara-negara berpopulasi tinggi seperti China dan India, kedua-duanya dilaporkan mengalami pembunuhan bayi perempuan baru lahir dan pengguguran berdasarkan jantina kandungan, menunjukkan lelaki melebihi perempuan pada 106.3 dan 107.6 masing-masing.


Jabatan Perangkaan juga menyatakan semalam bahawa umur purata populasi Malaysia dianggarkan pada 28 tahun, meningkat daripada 27.6 tahun lepas dan 27.3 pada 2014. Kumpulan usia bekerja di antara 15 hingga 64 tahun dan populasi berusia 65 tahun ke atas, kedua-duanya dijangkakan bertambah dengan peratusan 0.2 berbanding 2015.

Orang-orang asing dianggarkan merangkumi 10.3 peratus daripada populasi di Malaysia

Kumpulan-kumpulan etnik Bumiputera dijangka merangkumi 68.6 peratus daripada populasi. diikuti oleh bangsa Cina (23.4 peratus), India (7 peratus), dan laon-lain (1 peratus).

Selangor dijangka menunjukkan peratusan populasi tertinggi pada tahun ini pada 19.9 peratus, diikuti oleh Sabah (12 peratus) dan Johor (11.5 peratus).

(Diterjemahkan daripada artikel The Malay Mail Online bertajuk, "Malaysian Men Set To Outnumber Women By 1.1 Million In 2016" bertarikh 23 Julai 2016)