Apabila anda memikirkan mengenai orang-orang yang mengubah sejarah dunia, siapakah yang anda fikirkan: Alexander the Great, Socrates, Gandhi, Mandela, Lenin, Yesus?
Ketika Martin Luther dilahirkan di Eisleben pada 1483, tiada seorangpun yang dapat meramalkan bahawa dia akan membawa huru-hara kepada gereja dan politik sezamannya.
Semasa hidupnya, dia telah dikecam oleh gereja, dan dalam bahaya dibunuh, diculik oleh kesatria-kesatria, dan disembunyikan atas nama yang palsu. Dia berdiri menentang Paus dan Maharaja walau dalam ancaman dibunuh, dan enggan berpaling daripada kepercayaannya bahawa kita memperolehi keselamatan dan satu hubungan baru dengan Tuhan hanya melalui kasih-Nya yang diberikan secara percuma dan diterima melalui iman dalam Yesus.
Ayahnya menginginkan dia menjadi peguam tetapi Luther, dengan keinginan kuatnya untuk hidup benar di hadapan Tuhan dan rasa bersalahnya akan dosa dirinya, beralih dari itu untuk menjadi seorang rahib. Kemudiannya dia berkata bahawa pada suatu hari apabila dia hampir disambar kilat, dia bernazar untuk menjadi rahib.
Pembelajarannya dalam teologi dan kemasukannya ke biara sesuai benar dengan perjalanannya untuk mencari damai dengan Tuhan. Bagaimanapun, walaupun di biara, mengikuti jadual doa dan penyembahan yang ketat, Martin terus merasa bahawa dia tidak dapat mengatasi dosanya.
Guru-gurunya mengarahkannya kepada Alkitab. Martin menjadi seorang profesor teologia di Universiti Wittenberg serta menjadi paderi untuk sebuah gereja tempatan. Sambil dia mengkaji ayat-ayat Alkitab untuk ajaran dan khutbahnya, Luther berusaha untuk membawa makna Firman Allah kepada pelajar-pelajar dan jemaatnya.
Menerusi masa, Luther mula melihat bahawa perhubungan keselamatan seseorang dengan Allah terjadi melalui iman dalam Yesus. Dia menggunakan mesej injil ini untuk membantu jemaatnya mendapat kelepasan daripada dosa dengan keyakinan bahawa kasih dan pengampunan Allah dalam Yesus adalah segala yang mereka perlukan untuk memiliki hidup dan hubungan baru dengan Allah.
Pada 1516, Johann Tetzel datang ke kawasan itu untuk menjual indulgensi untuk mengumpul dana bagi gereja. Dia menyampaikan kepada mereka gagasan bahawa mereka boleh melepaskan orang-orang tersayang mereka dari purgatori dan hukuman untuk dosa-dosa mereka. Gagasan ini bahawa wang dapat melepaskan manusia daripada dosa bertentangan dengan fahaman baru Luther bahawa kita diampuni kerana kasih karunia Allah oleh iman dalam Yesus. Ianya juga telah menyebabkan ketidaktentuan di kalangan jemaatnya.
Pada 31 Oktober 1517, Luther dikatakan telah memaparkan 95 Tesis itu sebagai respon kepada penjualan indulgensi. Dia berfikiran bahawa ini akan mencipta kesempatan untuk perbincangan dan perubahan dalam gereja tetapi itu tidak terjadi.
95 Tesisnya itu menjadi tular. Ianya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Jerman dan tersebar, melalui mesin pencetakan, di seluruh Jerman dan di luar Jerman. Walaupun itu bukan niatnya, Luther dan pemikirannya sedang mula mengubah ciri-ciri gereja, politik dan budaya.
Perbuatan dan perkataan Luther menghidupkan kepercayaan bahawa Firman sahaja adalah sumber kebenaran dan hidup. Sokongan putera-putera Jerman untuk gerakannya telah membawa kepada perubahan kuasa politik zaman itu. Dia telah meniadakan benteng di antara golongan kepaderian dan orang awam. Dia menterjemahkan Alkitab ke dalam Bahasa Jerman, menulis lagu-lagu hymn, dan berkempen untuk pendidikan. Gerakan-gerakan lain juga muncul berikutannya, termasuk Reformed, Anabaptist dan Anglikan. Penekanan Luther terhadap hubungan seseorang individu dengan Allah adalah langkah pertama ke arah kebebasan dan pilihan peribadi.
Kepentingan Luther kepada Reformasi mula pudar dengan peredaran masa. Peristiwa-peristiwa terjadi di luar kawalannya. Tetapi, tanpa keraguan, Luther, yang telah lahir dan mati di pekan kecil yang sama, telah mengubah dunia dengan pendiriannya yang tidak berganjak bahawa keselamatan dengan Allah datang melalui kasih karunia dan iman dalam Yesus.
- ditulis oleh Michael Colbeck, pastor di Gereja Lutheran St. John di Summerland.
(Diterjemahkan daripada artikel BC Local News bertajuk, "A Monk Who Changed The World" yang ditulis oleh Michael Colbeck bertarikh 29 Oktober 2017)
Martin Luther menjadi rahib |
Guru-gurunya mengarahkannya kepada Alkitab. Martin menjadi seorang profesor teologia di Universiti Wittenberg serta menjadi paderi untuk sebuah gereja tempatan. Sambil dia mengkaji ayat-ayat Alkitab untuk ajaran dan khutbahnya, Luther berusaha untuk membawa makna Firman Allah kepada pelajar-pelajar dan jemaatnya.
Menerusi masa, Luther mula melihat bahawa perhubungan keselamatan seseorang dengan Allah terjadi melalui iman dalam Yesus. Dia menggunakan mesej injil ini untuk membantu jemaatnya mendapat kelepasan daripada dosa dengan keyakinan bahawa kasih dan pengampunan Allah dalam Yesus adalah segala yang mereka perlukan untuk memiliki hidup dan hubungan baru dengan Allah.
Johann Tetzel datang menjual indulgensi |
Pada 31 Oktober 1517, Luther dikatakan telah memaparkan 95 Tesis itu sebagai respon kepada penjualan indulgensi. Dia berfikiran bahawa ini akan mencipta kesempatan untuk perbincangan dan perubahan dalam gereja tetapi itu tidak terjadi.
Martin Luther dengan 95 Tesis di pintu gereja Castle Church di Wittenberg pada 1517 |