Ketika membawa kisah paling agung yang pernah disampaikan, bagaimanakah seseorang itu dapat mengimbangkan rasa hormat untuk teks suci itu dan masih menawarkan sesuatu yang cukup baru untuk menarik orang ramai untuk menontonnya? Bagi Simon Moore dan Carlos Kotkin, penulis-penulis filem baru The Star yang diterbitkan oleh Sony Animation/AFFIRM Films, yang akan tiba di pawagam pada Jumaat ini, memberikan fokus kepada haiwan-haiwan comel yang berkata-kata di sekeliling keluarga suci itu membantu membawa perspektif baru mengenai perjalanan ke Bethlehem dan kelahiran Yesus Kristus.
Anak-anak pasti akan menyukai The Star, terutamanya kerana kepelbagaian bakat-bakat suaranya dan watak-wataknya yang menarik, bertenaga dan melucukan. Orang-orang dewasa juga akan menggemarinya atas sebab-sebab itu dan juga untuk banyak detik-detik yang membawa pengajaran serta unsur-unsur imannya yang menginspirasikan. The Star pasti sahaja akan disambut baik oleh orang-orang percaya, tetapi animasinya yang hebat dan bakat suaranya akan membantu filem itu mencapai jauh melebihi para penonton yang biasa ke gereja.
(Diterjemah daripada artikel Charisma News bertajuk, "Is This New Take On Christmas Safe For The Little Ones?" yang ditulis oleh DeWayne Hamby bertarikh 25 November 2017)
(Diterjemah daripada artikel Charisma News bertajuk, "Is This New Take On Christmas Safe For The Little Ones?" yang ditulis oleh DeWayne Hamby bertarikh 25 November 2017)