Peter Chong beri keterangan pada hari ke-7 Siasatan Awam Suhakam |
Panel Suhakam terdiri daripada: Mah Weng Kwai, Aishah Bidin dan Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh.
9.20am: Hari ketujuh siasatan awam kehilangan Pastor Koh bersambung semula dengan bekas ahli majlis Petaling Jaya Peter Chong memberi keterangan.
9.30am: PemerhatiSuhakam bertanya Chong adakah dia bertemu Koh, dan jawapannya tidak.
Chong kemudian ditanya bagaimana dia mengetahui mengenai kehilangan Koh.
Chong berkata dia mengetahui menerusi saluran gereja.
9.40am: Pemerhati Suhakam bertanya Chong mengenai maklumat diperoleh mengenai kehilangan Koh.
Chong berkata pada 16 April, dia dihubungi menerusi WhatsApp oleh seseorang yang berkata ada maklumat mengenai Koh.
“Seseorang hantar mesej kepada saya kata ada maklumat mengenai Koh dan mahu jumpa saya.
“Saya tidak kenal siapa dia, tetapi dia ada butiran maklumat tentang saya dan vigil menyalakan lilin yang saya sertai.
“Berlaku pertukaran mesej antara individu itu dengan saya yang meminta saya bertemunya di selatan Thailand.”
9.50am: Pemerhati Suhakam bertanya Chong bila dia ke Thailand.
Chong berkata dia ke Thailand pada 6 April menaiki bas jam 10 malam ke Hat Yai.
“Saya tiba di Thailand jam 6 pagi. Seorang penunggang motosikal kemudian bertemu saya dan beri nota. Nota itu minta saya ikut penunggang itu. Jadi saya ikut orang itu menuju rumah kedai di bandar Hat Yai.”
Chong berkata dia kemudian dibawa ke belakang sebuah restoran dan naik tangga ke sebuah bilik di tingkat satu.
“Saya diselubung sebelum masuk ke dalam bilik itu dan telefon dirampas. Ada dua orang dalam bilik itu bersama penunggang motosikal tadi.”
Chong berkata selepas 10 minit, selubung kepalanya dibuka dan ada dua lelaki memakai topeng.
10.15am: Pemerhati Suhakam kemudian bertanya Chong apa soalan ditanya dua lelaki bertopeng itu kepadanya.
Chong berkata mereka tanya adakah dia menganjurkan vigil berkenaan.
“Mereka tanya saya tentang vigil menyalakan lilin itu dan minta saya menghentikannya. Saya beritahu mereka bukan saya yang anjurkan.”
Chong berkata dia kemudian tanya dua lelaki berkenaan maklumat mengenai Koh, dan kemudian mereka kata tiada maklumat.
“Saya rasa tertipu. Apa yang mereka mahu saya buat ialah menghalang orang ramai menghadiri vigil itu.”
10.30am: Pemerhati Suhakam meminta Chong menggambarkan dua lelaki itu.
Chong berkata dua lelaki itu orang Melayu dan menyertai kumpulan Muslim untuk mempromosikan Islam.
“Walaupun dua lelaki itu minta saya hentikan vigil, mereka juga tidak bersetuju dengan penculikan Koh. Mereka kata penculikan itu beri mesej negatif mengenai Islam.”
Chong berkata dia ditahan tujuh hari oleh dua lelaki terbabit dan dibebaskan pada 15 April.
“Saya dilayan dengan baik dan diberikan makan minum. Tetapi saya tidak dibenarkan keluar dari bilik.”
Chong ditanya lagi sepanjang tujuh hari itu apa yang mereka bualkan.
Katanya, perbualan antara mereka semakin berkurangan sepanjang tempoh itu.
“Dua lelaki itu beritahu saya pada hari kedua yang anak lelaki saya buat laporan polis tentang kehilangan saya.
“Saya minta mereka untuk beri saya hubungi keluar, tetapi mereka tidak benarkan.”
10.50am: Pemerhati Suhakam bertanya Chong bagaimana dia dibebaskan.
Chong berkata dibawa oleh dua lelaki itu ke Pattaya dan kemudian ditinggalkan tapak pembangunan bersebelahan pantai.
“Dua lelaki itu ambil beg saya dan beri saya 20 baht dengan sebotol air mineral.
“Selepas mereka pergi, baru saya tahu yang saya di Pattaya kerana saya berdiri di depan Hilton Pattaya.”
Chong kemudian berkata dia berjalan lagi dan ternampak balai polis.
“Saya berjumpa dengan seorang pegawai polis Thai Punjabi yang sangat banyak membantu. Dia menghubungi Kedutaan ia di Thailand tetapi ia tutup.
“Dia membantu saya hubungi anak lelaki saya yang kemudiannya menempah tiket pesawat untuk saya dari Bangkok kembali ke Kuala Lumpur."
11.00am: Siasatan awam berhenti rehat 30 minit.
11.15am: Pegawai Suhakam bertanya ada atau tidak Chong membuat laporan polis mengenai penculikannya di Thailand.
Chong berkata dia mahu membuat laporan polis tetapi pegawai berkenaan berkata dia perlu ke Hat Yai untuk melaporkannya.
“Saya tidak mahu patah balik ke Hat Yai untuk buat laporan. Jadi saya balik.
“Jam 9 pagi esoknya saya ambil bas ke Bangkok.”
11.25am: Pemerhati Suhakam tanya Chong apa berlaku sebaik saja tiba di KLIA.
Chong berkata dia ditahan polis lapangan terbang dan diserahkan kepada ASP Chua dari balai polis Dang Wangi.
“Dia bawa saya ke pejabat di KLIA untuk merakamkan keterangan. Saya dibebaskan selepas itu.”
Chong berkata dia ada meminta Kedutaan Thailand sama ada dia boleh membuat laporan polis di sini berhubung penculikan itu, tetapi mereka menolak permintaanya.
Katanya, beberapa minggu selepas insiden itu, ASP Muhammad Supari menghubunginya dan minta dia datang kawad cam.
“Saya ke IPD Petaling Jaya dan ada tiga set kawad cam tetapi saya tidak boleh kenal pasti sesiapa pun.”
Chong berkata polis tidak memaklumkan rakan sejawat mereka di Thailand atau Kedutaan Malaysia di Bangkok tentang penculikannya.
“Saya andaikan polis tidak menghubungi mereka.”
11.30am: Peguam keluarga Koh tanya Chong adakah dia tahu nama individu menghantar mesej di WhatsApp yang katanya ada maklumat mengenai Koh.
Chong beritahu panel itu individu berkenaan bernama Amir.
“Amir juga salah seorang lelaki di Thailand."
Peguam kemudian tanya Chong ada atau tidak dia menghubungi Amir dan apa kandungan mesej itu.
“Balasan mesej saya kepada Amir ialah untuk mengesahkan dia ada maklumat mengenai koh.
“Orang itu kata mereka tahu mengenai DUMC (insiden di Gereja Methodist Damansara Utama pada Ogos 2011) dan tahu berkenaan Harapan Komunti.
“Saya tidak ada nombor dia kerana telefon saya dirampas.”
11.45am: Peguam keluarga Koh tanya Chong mengenai individu yang menunggang motosikal pada 31 Mac yang bertanya mengenai vigil menyalakan lilin.
Chong berkata dia pada mulanya bimbang tetapi lelaki itu tidak menggunakan perkataan yang berunsur ancaman.
Mah bertanya kepada Chong adakah dia bimbang akan menjadi sasaran seterusnya selepas penculikan Koh.
Chong menjawab dia tidak begitu bimbang.
Peguam bertanya adakah Chong ke Thailand seorang diri, kemudian dia menjawab tidak.
“Saya ke sana dengan individu yang menyewa di rumah saya. Kami ke Hat Yai bersama dan dia kemudian meneruskan perjalanan ke Bangkok.”
12.10pm: Peguam keluarga Koh bertanya kepada Chong apakah yang diperkatakan oleh orang yang menahannya.
Chong berkata dia disoal selama dua jam dan diselang seli dengan rehat.
"Kebanyakan soalan adalah mengenai upacara nyalaan lilin. Perbualan kami juga baik saja. Saya dihidangkan Tom Yam dan teh Thai."
Peguam bertanya adakah dia berasa takut ketika ditahan.
Chong berkata dia tidak takut pada mulanya, tetapi apabila diberitahu akan ditahan, dia mula takut.
"Ketika itu waktu petang bila mereka kata akan tahan saya lebih lama, jadi ada rasa takut."
12.20pm: Peguam keluarga Koh bertanya kepada Chong sama ada orang yang menahannya ada bercakap tentang penculikan Koh.
Chong berkata mereka jelaskan tidak terlibat dengan penculikan Koh.
"Mereka tak tahu tentang penculikan Koh."
Panel bertanya kepada Chong sekiranya dia cuba melepaskan diri.
"Tidak, kerana saya tak mahu menghadapi risiko."
12.45pm: Peguam keluarga Koh memberitahu Chong yang polis mengatakan dia tiada sebarang maklumat mengenai penculikan Koh.
Chong bersetuju dengan peguam dan berkata dia tidak mendapat sebarang maklumat sepanjang dia berada di Thailand.
"Saya ke sana untuk dapatkan maklumat mengenai Koh, sebaliknya saya disuruh supaya menghalang orang datang ke upacara nyalaan lilin."
Panel kemudian bertanya kepada Chong mengapa dia tidak beritahu keluarganya, keluarga Koh atau polis sebelum ke Thailand.
Chong ulangi kata-kata yang dia ke sana untuk dapatkan maklumat tentang Koh.
"Kalau saya beritahu, mereka akan larang saya pergi."
Panel kemudian bertanya, adakah Chong didatangi oleh sesiapa sejak pulang dari Thailand, dan dia menjawab tidak.
Pesuruhjaya Mah bertanya kepada Chong sama ada dia berlagak "penyibuk" atau "orang baik" apabila ke Thailand.
Chong menjawab dia ke sana dengan niat yang baik dan sebagai orang yang prihatin.
Mah kemudian bertanya kepada Chong jika penahanannya selama tujuh hari itu adalah "imaginasi"nya, dan dia menjawab tidak.
1.05pm: Panel siasatan berhenti rehat sejam untuk makan tengahari.
2.10pm: Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Zaaba Zakaria dipanggil memberi keterangan.
Zaaba Zakaria, pegawai Jais pada hari ke-7 Siasatan Awam Suhakam |
2.20pm: Pegawai Suhakam bertanya kepada Zaaba apa berlaku apabila Jais ke Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 2011.
Zaaba berkata majlis makan malam hari kesyukuran sedang berlaku ketika mereka ke sana.
“Kami ke sana bersama 12 pegawai Jais dan 20 anggota polis.”
Pegawai itu kemudian bertanya adakah Zaaba tahu siapa penganjur program itu, dan dia menjawab tidak tahu.
2.30pm: Pegawai Suhakam bertanya kepada Zaaba jika Prosedur Operasi Standars (SOP) untuk jalankan operasi bersama polis.
Zaaba berkata ia bergantung, jika ia melibatkan keselamatan maka polis akan dipanggil.
"Polis akan dipanggil jika diperlukan."
Pegawai kemudian bertanya sekiranya ada insiden di DUMC, dan Zaaba menjawab tidak.
Zaaba juga berkata mereka membuat laporan polis di balai polis Sea Park selepas menerima aduan.
2.45pm: Pegawai Suhakam bertanya kepada Zaaba jika ada sebarang tangkapan dibuat di DUMC, dan dia menjawab tidak.
Kemuadia pegawai bertanya jika mereka mengambil keterangan dari mereka yang hadir di majlis itu.
Zaaba berkata mereka mengambil keterangan dari 12 individu.
"Kami minta 12 individu Islam mengisi borang untuk sesi kaunseling."
Pegawai kemudian menyoal adakah 12 individu itu dikenakan tindakan.
Zaaba menjawab tiada tindakan diambil ke atas mereka.
2.55pm: Pegawai Suhakam bertanya kepada Zaaba jika 12 individu itu hadir ke sesi kaunseling, dan dia menjawab ya.
Kemudian pegawai menyoal Zaaba jika mereka berjumpa atau menyoal Koh di majlis itu.
Zaaba berkata dia tidak kenal dan tidak pernah berjumpa Koh.
Pegawai juga bertanya kepada Zaaba tentang penganjur majlis itu, Harapan Komuniti.
Zaaba menjawab dia tidak tahu mengenai Harapan Komuniti.
Peguam Majlis Peguam bertanya kepada Zaaba jika ada rakaman video serbuan itu.
Zaaba berkata ada rakaman video mengenai serbuan itu tetapi dia tidak tahu di mana pita itu berada.
3.15pm: Peguam Majlis Peguam bertanya kepada Zaaba adakah sebarang siasatan dibuat terhadap 12 individu itu.
Zaaba berkata Sultan Selangor bertitah tiada siapa akan dikenakan tindakan berhubung serbuan Jais di gereja.
3.30pm: ASP Supari Mohammad dipanggil untuk beri keterangan.
3.45pm: Peguam keluarga Koh bertanya kepada Supari siapa yang menyerahkan gambar-gambar Koh, rumah dan nombor pendaftaran keretanya, serta empat suspek yang ditangkap berkaitan kes di Pengkalan Hulu.
Peguam bertanya adakah Bukit Aman yang menyerahkan bukti dan empat suspek itu kepadanya, dan dia menjawab tidak.
Supari berkata Inspektor Toh dari Kedah yang menyerahkan bukti dan empat suspek itu kepadanya.
4.05pm: Peguam keluarga Koh menunjukkan video YouTube kepada Supari yang memaparkan operasi pegawai polis yang berpakaian biasa dan bertopeng.
Peguam bertanya kepada Supari jika itu yang mungkin terjadi kepada Koh, dan dia menjawab ya.
4.20pm: Supari memberitahu peguam dan panel yang dia tersilap berkenaan kamera CCTV di Jalan Bahagia.
Dia mengesahkan CCTV itu berfungsi pada hari Koh diculik.
"Saya tersilap. Pegawai pasukan saya memeberitahu CCTV itu 'negatif', yang saya fikir rosak.
"Bagaimanapun, kami periksa rakaman dan mendapati kenderaan yang terlibat dalam penculikan itu tidak kelihatan dalam pita.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, ada banyak jalan susur yang mungkin mereka ambil."
4.30pm: Peguam keluarga Koh menyoal kepada Supari siapa yang ke rumah Susanna Liew pada 14 Februari, iaitu sehari selepas Koh hilang.
Supari berkata ini adalah kali pertama dia mendengar seseorang telah pergi ke rumah Susanna.
"Tiada sesiapa beritahu saya tentang individu ini. Saya akan periksa mengenainya."
4.45pm: Peguam keluarga Koh bertanya kepada Supari mengapa keluarga Koh mengetahui tentang perkembangan terkini kesnya melalui media dan pengumuman bekas ketua polis negara Khalid Abu Bakar.
Supari berkata keluarga itu boleh menghubunginya jika mahukan maklumat.
"Saya juga ada beritahu anak perempuan Koh, Ester yang saya perlu jelas memastikan maklumat dahulu sebelum mengemaskini."
Supari juga tidak bersetuju yang polis gagal untuk sentiasa memaklumkan keluarga Koh berkenaan kes itu.
4.55pm: Peguam keluarga Koh menyoal Supari jika dia memeriksa semua CCTV dalam radius 3km di mana isyarat terakhir telefon bimbit Koh diterima.
Supari menjawab hanya 12 daripada 15 kamera berfungsi manakala tiga lagi rosak.
"Kami periksa rakaman dan tidak menemui apa-apa. Kami tidak periksa semua, hanya yang ada kaitan."
Peguam kemudian bertanya kepada Supari jika dia memeriksa CCTV di pondok tol keluar Selangor dan Kuala Lumpur.
Supari berkata dia telah memeriksa kamera di situ tetapi terdapat sudut pandangan berbeza disebabkan kedudukan kamera.
"Ada rakaman yang jelas, ada yang tidak. Kami juga tidak menemui apa-apa."
5.05pm: Siasatan berakhir dan akan bersambung jam 2
petang esok.
(Sumber: Artikel The Malaysian Insight bertajuk, "Langsung: Cari Maklumat Kehilangan Pastor Koh Hingga Terkandas Di Pattaya" yang ditulis oleh Noel Achariam bertarikh 14 Nov 2017)