Jumaat, 15 Disember 2017

Apakah Yang Merupakan Gangguan Seksual? (Kajian Barna)


Satu kajian baru oleh Barna Research, yang dipimpin oleh pengkaji sains sosial yang terkenal George Barna, telah menanya rakyat Amerika apakah yang bagi mereka merupakan "gangguan seksual." 

Kajian kebangsaan melibatkan orang-orang dewasa Amerika Syarikat dilakukan tidak lama selepas laporan-laporan timbul mengenai tokoh berkuasa Hollywood, Harvey Weinstein mendapati bahawa jawapan-jawapan kepada kajian cenderung berbeza mengikut jantina. Secara umpamanya, kajian itu mendapati butir-butir yang berikut:

  • Rakyat Amerika berkata gangguan seksual adalah paling sering mengenai disentuh atau diraba (wanita: 96 peratus, lelaki: 86 peratus) atau dipaksa melakukan sesuatu yang seksual (wanita: 91 peratus, lelaki 83 peratus).
  • Bagaimanapun para responden berkata tingkahlaku salah secara seksual merangkumi lebih daripada perbuatan-perbuatan ekstrim itu, termasuk seseorang itu menyentuh dirinya secara sengaja (wanita: 89 peratus, lelaki: 76 peratus), membuat komen seksual mengenai penampilan atau tubuh seseorang (wanita: 86 peratus, lelaki: 70 peratus) dan berkongsi foto-foto atau video intim seseorang tanpa izin mereka (wanita: 85 peratus, lelaki: 71 peratus).
  • Sedihnya, tiga dalam 10 orang dewasa Amerika Syarikat (29 peratus) menjawab bahawa mereka pernah diganggu secara seksual (wanita: 46 peratus, lelaki: 16 peratus).

Kajian penuh Barna boleh dibaca di sini.

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Charima News bertajuk, "What Constitutes Sexual Harassment?" yang ditulis oleh Hamilton Strategies bertarikh 13 Disember 2017)